Saturday, February 27, 2010

TEH TARIK!! bagus sangat ker???



Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser


sumber : http://nueqs.blogspot.com


aku jugak suka minum ini teh
lagik sedap aku minum teh mak aku yang buat
pergh berasap sampai ke telinga beb
xcaye?
sila datang rumah aku merasa hasil tangan teh tarik mak aku


alamat rumah aku






inilah rumah aku, silala datang..
hehe..

Friday, February 26, 2010

On the opposite coast of sadness Is something called a smile



On the opposite coast of sadness
Is something called a smile


On the opposite coast of sadness

is something called a smile
But before we can go there,

is there something we’re waiting for?


In order to chase our dreams,
we can’t have a reason to run away

We’ve got to go, to that far away summer’s day


If we find it tomorrow, we can’t sigh

Because like a boat that opposes the stream

we have to walk straight on


In a place worn down by sadness

something called a miracle, is waiting
Yet we are still searching

for the sunflower that grows at the end of spring


The warrior who awaits the morning light

before he can clasp it with red nails, his tears glitter and fall

Even if we’ve grown used to loneliness

only relying on the light of the moon

We have to fly away with featherless wing

just go foward, just a little further

As the rainclouds break
the wet streets sparkling

Although it brings only darkness

A powerful, powerful light

helps push us to walk on


credit to : http://p3rfectsins.blogspot.com




bila hati tersentuh
perasaan menjadi sayu

sayu pabila teringat

satu kisah
yang bertajuk
"1 litre of tears"
ketabahan seorang pelajar wanita bangkit
dalam melawan penyakit yang meyerang dirinya

penyakit saraf (
spinocerebellar degeneration )
yang menyebabkan kita akan hilang upaya secara perlahan-lahan

bermula dengan hilang keseimbangan dalam badan

akan terdorong seseorang itu mudah jatuh

diikuti dengan hilang upaya genggaman

kaki menjadi bengkok menyukarkan lagi pergerakan

bila kaki sudah tidak mampu untuk berjalan
berkerusi roda menjadi teman
apabila tulang belakang sudah tidak mampu menyokong badan

katil pula setia menemai sehingga akhir hayatnya

begitu perit menghidap penyakit saraf









picture - sumber ihsan pacik g0ogle -



pesanan cik vc::

kita yang berupaya melakukan aktiviti dan dihindari sebarang penyakit
seharusnya menikmati kenikmatan itu sepenuhnya
dengan mensyukuri segala kurnian-Nya



**sapa ad citer ini, sila email pada cik vc sebab aku da kehilangan cd citer ni ='((




weekend yang marvellous

weekend kali ini aku berada di kolej...
jarang sebenarnya aku dok kat kolej time weekend2 nih...


biasanya aku akan terus cabut lari ke rumah...
tapi kali ini aku tidak bole lari seperti biasa kerana kaki ku sudah dirantai agar duk di depan meja untuk 'study'...


ceh...
akan study ke aku nih?
konpius plak...
hoho...


hakikat terima atau xley terima, aku kene study gak...
sebabnye....
aku ada EXAM hari AHAD nih....
hari AHAD beb!!!!
aduhai...
mengapa hari AHAD??
nape x hari kuliah??
aish...


walau sebanyak mana aku rungut, exam tetap dijalankan hari ahad...
pasrah dan kita harus terimanya...
hoho...


satu lagi EXAM menanti...
hari RABU....


wish me luck blogger....



arigato gozaimasu (-_-)





AHAD : KIMIA BIORGANIK

RABU : KIMIA ORGANOLOGAM



Thursday, February 25, 2010

peristiwa-peristiwa penting di bulan Rabiul Awal - Maulidur Rasul-


PENGERTIAN

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


peristiwa-peristiwa penting di bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

-sama2 hayati sambutan Maulidur Rasul-









sambungan : satu cerita tentang LOVE



terjalinnya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga ke hari ini. wujudlah kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.

rasa cinta pasti ada pada setiap makhluk yang bernyawa. cuma kadang-kadang manusia ini, terlalu mengikut kehendak cinta, hingga menggagalkan kehidupan mereka. cinta nafsu diturutkan. hingga ada yang sanggup membunuh diri bahkan kadangkala membunuh orang lain kerana cinta.

cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, adalah sebenar-benar cinta. selainya adalah palsu. cinta kepada apa yang wujud di dunia ini, semuanya tidak kekal. bagaimana kuat hubungan seseorang itu terhadap seseorang yang lain atau kepada benda, semua tidak berpanjangan.

apabila kita mati, apa yang kita cintai akan ditinggalkan di dunia. hanya kain kafan yang layak dibawa ke kubur. selebihnya adalah amalan kerana Allah sahaja yang dapat dijadikan bekalan untuk dihadapkan kepada Allah Yang Maha Kuasa.

selain itu, tiada apa yang dapat menolong kita kecuali amalan-amalan yang diterima Allah.

kembalilah manusia kepada mencintai Allah, dengan mengikut segala perintah Allah. membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. disebalik menyintai Allah, manusia lain akan turut menyintai dan menyayangi kita. kejarlah cinta Allah agar kita dicintai!!

mudah-mudahan.....









sumber : hakikat cinta



-sesungguhnya kita sering alpa dan begitu mencintai duniawi pada hakikat cinta akhirat adalah lebih memberi keuntungan dan kenikmatan-
(sama2 memperbaiki kesilapan diri)



satu cerita tentang LOVE

selesai sudah satu kerja..
alhamdulillah..

nak share satu cerita..


"cintailah cinta yang dihati,
itu cinta yang sejati.
cinta di mata cinta palsu"


'CINTA' suatu perkataan yang tidak asing lagi kepada manusia. manusia tidak boleh lari dari perasaan mencintai ataupun dicintai oleh seseorang. cinta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan.

manusia tidak boleh lari dari masalah cinta. apa hakikat cinta yang sebenar. pada siapa hendak meletakkan cinta??

cinta suatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada manusia. manusia berhak untuk meletak atau memberikan cinta kepada sebarang manusia. tetapi biarlah cinta itu selaras dengan kehendak Allah. supaya dengan cinta itu ianya menjadi ibadah kepada kita.

lihatlah, bagaimana Allah mencipta Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di Syurga, kerana tidak mempunyai teman. apabila Nabi Adam menurut kehendak Hawa memakan buah khuldi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana.

mungkin ini adalah pengorbanan cinta antara mereka berdua. namun 1000 penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. sekarang Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.



sambungan



**kita nih bila lagi???


Monday, February 22, 2010

aksi penyu dibawah negeri penyu angin bayu



aksi penyu dibawah negeri penyu angin bayu

apakah maksud tajuk entry nih abaikan sekejap sila skrol ke bawah





korang pernah tengok penyu x?
nak tengok x aksi si penyu cmne?

jeng jeng




aksi penyu comel sedang berenang


berenang lagi
( lihat pada cengkerang penyu, cantik kan? )



berenang lagi


memang sah penyu suka berenang
haha
seperti aku yang suka berenang ( ecece...cam reti berenang sangat la kan =p )

aku teringin mau ada 1 pasang baju renang muslimah
sapa ea yang bole kaci saya sebijik baju renang
i xnak la yang sexy mexy
cukupla kain untuk tutup litup badanku ini
=)0

macam baju renang kat bawah ni, cunkan? hitam itu menawan =))









sebenarnya intro entry nih berkaitan dengan penyu ada citer di sebaliknya
cuti midsem sudah selesai aku lengkapi dengan 1 perjalanan dan satu cerita menggamit 1 memori di negeri penyu

negeri penyu kalau lain xbukan mestilah negeri TERENGGANU DARUL IMAN
sebabnya kat terengganu la kita boleh melihat satu hidupan kurniaan Allah yang bernama PENYU
tapi sayang kuantiti penyu sekarang tidak sebanyak penyu pada zaman dahulu
hidupan penyu semakin pupus dan terancam
gamba2 nun di atas sana di ambil semasa aku pergi menghantar adik ke uitm Dungun



sebelum ni setiap kali coti midsem pasti aku penuh setia berada di rumah ku yang terletak di pinggiran shah alam dan berdekatan klang
sangat setia duduk dalam rumah



tapi coti kali ini seminggu aku duduk di negeri terengganu
jadi orang terengganu sekejap beb..hoho



duduk di rumah sahabat bernama cik ashiya
nama konon nak jepun tapi orang pure terengganu rupanya =P



alkisah menghabiskan masa di pantai timur seminggu seharian berjalan mengenali dunia terengganu dan bercampur dengan orang kampung terengganu
susah juga untuk menyelami orang yang berdialek ni
sebabnya kita da biasa dengan bahasa standard terpaksa mendengar dialek lain yang tidak sebati dengan jiwa



seminggu berlalu, walaupun xdapat paham sepenuhnya, atleast paham jugak la sket2 dialek ganu..hoho
nak nyampuk cakap, memang la xreti
susah jugak
aku yang berketurunan jawa ni pon xlepas nak speaking jawa..
hehehe



dalam tempoh ke terengganu, aku dibawa ke masjid kristal yang terletak di TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)
keindahan masjid kini semakin menyerlah
aku merasa kagum



dalam TTI ini, ada 21 buah monumen ISLAM yang hebat
antaranya
Taj Mahal yang terletak di India
Masjid Nabawi yang terletak di Madinah
kiblat utama orang Islam iaitu Masjidil Haram semestinya terletak di Mekah
dan beberapa monomen lain



tidak rugi memasuki ruang TTI ini walaupun bayaran sebanyak RM 15
sangat mengujakan
sangat takjub
sangat kagum





geng2 blogger yang belum jejak ke negeri terengganu, ambil la masa untuk ke TTI ini
banyak monomen yang dapat kita lihat
sambil 2 boleh bercoti di pulau yang ada di Terengganu



pulau kapas antara pulau yang aku pernah jejak
melakukan snorkeling sangat mengujakan
melihat ikan berenang di dasar laut begitu indah
menyejukkan hati
pemikiran jadi tenang melihat keindahan alam ciptaan-Mu



dalam pemikiran kini, tidak sabar untuk menjejakkan kaki di pulau redang pula
**********
********
******
*****
****
***
**
*
*
*
*

REDANG tunggulah kehadiranku
haha



satu perkara yang sudah lama aku tidak selami, berjalan di tepi pantai sambil mendengar deruan ombak, kicauan burung, menyentuh lembut pasir pantai, men ghirup udara nyaman
waaahhh
sangat menenangkan jiwa yang separa mental
dengan pukulan ombak di badanku, maka lenyaplah segala kekeliruan, kekacauan
lenyap dibawa arus ombak kuat


aish...
da stat jiwang da...
abaikan kata2 jiwang yang menusuk itu!! =p



aku berkesempatan juga menjejakkan kaki di pantai
seronok merasa pukulan ombak
sudah lama tidak merasa air masin laut
arigato gozaimasu cik ashiya mizuki =)0





coti seminggu sudah habis
perjuangan peperiksaan pula bermula
belajar tidak pernah kenal erti putus
semoga aku berjaya menempuhnya
(boleh dikira pantun x?)



























nota tangan :::abaikan bahasa yang tunggang langgang tu:::




Saturday, February 13, 2010

holiday is today ** today is holiday **



today is holiday

akhirnya istilah cuti istilah holiday muncul jua dalam hidup aku

yahoo..................... =)0





jom date ngan 'ombak'





owh ombak
bayangmu mula menghampiri ku
aku semakin dekat denganmu
tunggula aku untuk seketika saat
kini kita bertemu jua
setelah seabad lama perpisahan kita










=)0











p/s - hepy holiday utk semua - masa cuti, ronggeng, ronggeng gak - tapi ronggeng ngan buku jgn lupa - pas cuti, bertimbun xam - haiya - *-*

jumpa semula selepas cuti, bakal merindui coretan hati ini...blog, ko jgn rndu tuan VC ko ni ek..



Friday, February 12, 2010

ombak menyeru namaku-sabar wahai ombak-

menghitung hari detik demi detik
cik violet,
menghitung hari apakah?

of kosla menghitung hari nak cuti xkan menunggu hari naik pelamin...
oho...tang tu lama lagi na...
hehe...

wah..sikit lagi masa tiba nya cuti midsem sekali harung dengan tahun baru cina aka chinese new year...

jeng jeng jeng...
di saat kaum cina sibuk menguruskan perayaan mereka..
aku pon mesti la wajib sibuk menguruskan percutianku..
walaupun kerja melambak-lambak setinggi gunung everest, exam pula beratur menunggu giliran, perjalanan cuti mesti diisi dengan sepenuhnya...

ha...cuti kali nih...
ada satu tempat ingin ku tuju...
tempat tu aku pilih untuk melarikan diri dari rumah...
shhhh...
jangan gtau sape2 ea aku nak lari nih...

aish...
xsabar rasa nak lari nih....
nak dapatkan ketenangan jiwa, fizikal dan mental...
sambil tu mau gi bertapa kat tempat yang sunyi sepi sambil mendengar deruan ombak...
owh ombak...
sabar menanti kehadiranku...
akan ku pergi mendekatimu..
untuk menghabiskan masa bersamamu...

ombak di mana...
jeng jeng jeng....
RAHSIA....
hehe...

hope percutian kali ini dapat mengurangkan kusut di dada. sEmOgA.




nota kaki : aku ini wanita biasa bisa sakit kerana THESIS...

Thursday, February 11, 2010

swim oh swim

swim---------------------swim------------------------swim---------------












sape nak ikot g swimming??


jum....


mari2....


=))

perhatian kepada student UKM y ada blog..penting!!

siapa rasa dia budak ukm,
pastu die mempunyai akaun blog,
sila klik laman web di bawah,

http://blogger-ukm.blogspot.com





pas klik register la,

tujuannya untuk kumpulkan semua link2 korang (pelajar ukm) dan letak di entri ini.
korang perlu beri link blog, then sertakan dengan nama kolej korang.

settle.
mudah je kan.

yang xnak join pon xpa.
xda paksaan.


welcome to the blogger ukm.
=)0


E. coli = Escherichia coli

apa yang korang paham pasai E.coli nih? meh aku kaci info cket....



Escherichia coli
, atau ringkasnya E. coli. E.coli adalah sejenis bakteria yang terdapat dalam usus besar manusia. Kebanyakan E. coli tidak berbahaya, tetapi E. coli seperti E. Coli tipe O157:H7, boleh mengakibatkan keracunan makanan yang serius kepada manusia. E. coli yang tidak berbahaya dapat menguntungkan manusia dengan menghasilkan vitamin K2 atau boleh mencegah bakteria lain di dalam usus.
(sumber info: wikipedia jek)


sebenarnye aku xnak ar bercerita sangat pasal sejarah E.coli nih.
korang pon ley je suh pacik google carik kan.
perkara utama nak suh korang sebut E.coli ni secara sexy mexy....
pe y korang sebut??
















dapat x???




































ha






























sengal x??





























hohoho










































**ni la salah satu lawak masa kuliah siang tadi**
Prof Yang amek cite nih mase prof pi conference dengan VC UTM

hoho....



amek y positif jek........

=))


Tuesday, February 9, 2010

aku bukan orang kelantan aku orang jawa =))

aku bukan orang kelantan aku orang jawa hasil gabungan jawa sabak bernam dan jawa batu pahat
haha...

aku nih
wajah aku
muka aku
gaya aku
percakapan aku
ada kah persis orang kelantan?

owh tidak
langsung tiada loghat pantai timur la kawan

alkisah napa aku tulis entry aku bukan orang kelantan nih
bermulanya
aku bersama seorang sahabat yang dipanggil cik ashiya mula jalan terkedek-kedek ke pasar malam
pergi pasar malam konpem2la carik makanan
xkan nak carik suami kot
hahaha
berbalik kepada entry sebenar
kami berdua singgah sekejap di gerai kopok leko nih
setiap kali ke pasar malam memang wajib sangat la beli kopok leko ganu nih
sebab pe?
sebab sedap sangat
rangup
sos die pon sodap
aish xpasai2 g promote plak kedai 2
berbalik kepada cite
aku mintak kat abang 2
kopok leko dua ringgit
da nampak sangat aku orang sini memangla aku kata ringgit
pas tu abg tu dok kata 2 rial
ha
layan kan je la
pas 2 oder kopok leko jenis len
'bang yang ni singgit'
abang 2 nyampuk
'serial'?
aku diamkan je la
malas layan
die tanye
'orang kelantan ke'?
ak jawabla
'orang shah alam da'
pas 2 die kate
'muka cam orang kelantan da'

aish
jauh rasenye selangor ngan kelantan nih
aku tetap anak orang selangor
jowo totok lagi
haha
tapi betol ke eja jowo totok 2
bedal je la...
ngaku jawa tapi cakap jawa pon xreti...
hampas tol...=DD

yang penting aku anak selangor yang sejati
yeehaa *O*

ha..disebabkan aku bangga jadi anak selangor nih
pe kata aku nak kepilkan sekali lirik lagu selangor nih

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia


serasa aku la
da lama sangat aku tidak menyanyikan lagu negeri aku sendiri
rasanya last masa aku di alam persekolahan menengah
itupun sampai awal form 4
pas 2
aku da cabut lari ke melaka
berhijrah negeri jap
jadi anak melaka selama 2 tahun
selama 2 tahun aku kat sana, xpernah aku hapal lagu melaka
maap orang2 melaka
hehehe

eh..
da post panjang lebo nih
asalnya nak cite skit je
ni da meleret2 da nih
bek aku stop
sekian
wassalam





ole ole ole ole
selangor menang
selangor la juara
haha
tetibe teringat zaman kegemilangan bola sepak selangor dulu
zaman era azman adnan
hehe

sambung plak
da
serius aku nak berenti ni
ini serius
hehe

sekian
bye2






Monday, February 8, 2010

selang dua tahun pemergian menghadap Illahi

di sini, mengikut apa yang aku lihat dan aku rasa setiap selang dua tahun pasti ada saudara mara ku yang kembali ke Rahmatullah...


bermula pada tahun 2002, adik sepupuku telah kembali kepadaNya disebabkan penyakit demam denggi berdarah.Innalillahiwainnahirojiun. kecil lagi umurnya pada ketika itu. hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan keluarga adik sepupuku ini kerana pertama kali kehilangan orang yang amat disayangi.


diikuti pada tahun 2004, arwah nenek telah mengikut jejak kembali kepadaNya disebabkan sakit tua. Innalillahiwainnahirojiun. arwah nenek yang ku panggil embah wedok (panggilan untuk orang jawa) telah terlantar sakit lumpuh selama beberapa tahun. yang paling aku kesali, bapa ku pernah untuk menyuruh kami adik beradik untuk menjaga embah ketika cuti tetapi kami enggan. mengapa zaman remaja ku begitu kuat untuk memberontak dan sukar untuk mendengar kata ibu bapa. itulah aku ketika di alam remaja sehinggakan kini aku masih terngiang-ngiang lagi permintaan bapaku itu. 'maafkan along embah'.


dua tahun kemudian, 2006, ketika di matriks, setibanya aku pulang dari kelas, aku terus semak handphone yang aku tinggalkan di bilik, dan terus bergenang air mataku pabila mendapat berita dari bapaku bahawa atuk ku (embah lanang) pula telah meninggal kan kami. Innalillahiwainnahirojiun. kini, aku sudah tiada lagi atuk dan nenek di sebelah bapa. aku sangat sedih kerana tidak dapat menatap wajah embah lanang di saat akhir. hanya iringan bacaan doa dan yasin sahaja yang dapat aku kirimkan pada mu embah. 'maafkan along'.


tahun silih berganti, muncul pula tahun 2008, aku dan keluarga dikejutkan dengan panggilan dari kampung Johor, mak long ku pula kembali ke Rahmatullah. Innalillahiwainnahirojiun. mak long ku mengalami satu kemalangan semasa pulang menghantar barang dari rumah nyai ku (panggilan nenek di johor). kehilangan mak long ku memberi kesan suram kepada rumah pak long ku kerana kebiasaannya pabila arwah mak long ada di rumah, suasana menjadi bingit menyambut ketibaan kami semua.


kini, baru tibanya bulan februari 2010, bapaku dikejutkan lagi dengan satu berita kematian pakcik saudaraku di kampung yang ku panggil Lek Pol. Innalillahiwainnahirojiun. Arwah diserang sakit jantung dan meninggalkan anak2 yang masih kecil dan comel. kali terakhir aku jumpa arwah semasa hari raya.




kita..yang masih hidup, yang masih diberi nyawa dan mampu lagi bernafas di dunia ini sepatutnya begitu takutkan kematian kerana kematian tidak mengira usia.


aku sendiri amal ibadah hanya Tuhan sahaja yang tahu. aku mengaku aku adalah manusia yang sangat sedikit melakukan amal ibadah. sama2 kita memperbaiki kesilapan, menambahkan amal ibadah, meningkatkan ilmu pengetahuan seimbang di dunia dan di akhirat.


sama2 kita saling mengingatkan antara kita supaya kita tidak tergelincir mahupun terpesong ke jalan yang bengkok. dan sama2 kita berdoa agar diri kita keluarga kita saudara mara terdekat kita sahabat handai kita dipanjangkan umur oleh Allah. kita hanya berdoa, Allah yang menentukan segalanya.


al-fatihah kepada saudara maraku yang sudah tiada. semoga roh kalian dicucuri Allah. mudah-mudahan.

Saturday, February 6, 2010

omong kosong aja +_+

di rumah ketika ini
tiada bersama siapa2

keseorangan
ditemani sebuah tv tanpa penonton

ditemani sebuah komputer
saya di hadapannya

ditemani titisan air
dari takungan air rumah jiran belakang rumah saya

derupan air bagaikan sedang hujan
tapi pada hakikat panas terik

Wednesday, February 3, 2010

satu pesanan kepada tuan empunya motor

korang.....
walaupun aku bukan seorang penunggang motorsikal, aku hendak memberi pesanan yang xseberapa ni....

berhati2lah semasa menunggang motorsikal di atas jalan raya....

sebab celaka ada di mana2....

ingatlah orang yang tersayang...

sekian.



duniawi : global warming

arghhh..........
bowsannya.....
nak watpe nih....????
padahal banyak mende sbnye nak wat....
tp malas....
aduhai....
ble da dtg sikap mls nih, memg malas la spnjg ari...
hohohoho......

td rasenye baru sekejap menikmati hujan....
setelah begitu lama hujan tidak turun kat ukm nih....
tapi sekejap sangat rasanya....
belum puas menikmati kurniaan nikmat hujan itu....
tapi....
aku harus bersyukur.....
kerna adanya hujan, maka hilanglah sedikit perasaan panas yang menguasai diri....
sekarang ini, musim panas telah melanda....
panas yang teramat sangat....
bahang....
ini baru panas duniawi....
macamana rasanya panas di akhirat sana....
MASYAALLAH.....
tak dapat aku bayangkan tahap kepanasan di akhirat nanti....
Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK