Tuesday, March 30, 2010

beautiful blogger award


wah..cik vc dapat awrd la...(^-*)


1. thank and link the person that gave u the award

dapat award drpd cik nilam, budak oleokimia.... thanx cik nilam...=))

2. pass this award onto 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic 15 ??

disebabkan aku da dapat award, aku nak hadiah kan dekat geng2 blogger ar beb...
xkan aku nak ss dengan award nih....
xmau la jadi kedekut kan...=p

dengan ini diisytiharkan pemenang award ::




3. contact said blogs and let they've won the award

kamu semua, sila amek award nih...tayangkan dekat almari cermin....hehe

4. state 7 things bout yourself

tujuh? tentang diri ini? apekah y menarik tentang daku nih...berhabuk adala =p
  1. saya anak pertama dari 3 orang adek beradek
  2. kaum kerabat keluarga panggil along
  3. kak long yang garang, ecece, garang ker? hurm...konpius plak...=p
  4. suka mentensenkan diri bila berlambak keje
  5. sangat suka dengan blog, suka melihat akaun nuffnang yang tidak seberapa gah
  6. suka intai gambar chantek2 n pelik2...
  7. suka tidur yang pastinya...hahahahahah


sudah selesai!!!....

penat itu satu usaha


lama sudah aku tidak mengupdate blog kesayangan
aku ada satu cerita, satu luahan, satu perasaan.....









bulan 3 @ Mac,
bulan yang amat memberikan kesan kepada diriku


bulan yang membuatkan kehidupanku hampir tidak terurus
bulan yang menyebabkan aku hampir kehilangan satu unsur penting dalam badan iaitu oksigen
bulan yang boleh membuatkan dadaku kembung
jiwaku terseksa
mental terusik
fizikal penat


yea..
semestinya fizikal dan mentalku begitu penat sebenarnya..
penat dalam menghadapi projek akhir yang bakal menentukan sama ada diri ini layak menerima skrol ijazah atau tidak
diri ini rela menghadapi semua itu agar cita-cita mendapatkan gelaran ijazah @ degree berjaya


tetapi memang sangat penat sehingga kata2 ini tidak mampu untuk menggambarkan perasaan penat itu
hanya diri ini yang merasainya


sekarang ini mampu meluahkan sedikit kelegaan
Alhamdullillah
kerana mampu menyiapkan tesis saat2 akhir
walaupun hakikat sebenar ia tidak lengkap


tahniah kepada diri
dan tahniah kepada rakan2 yang sudah lengkap berhantar
kepada yang bergelumang,
sila teruskan usaha anda
walaupun penat, atleast kita sudah berusaha
jangan hangit di separuh jalan


hakikat sebenar, aku tidak sanggup meneruskan perjalanan yang sukar ini
nampak mudah tapi onak duri terpaksa ditempuhi
hanya orang yang alami mengetahui




penat + usaha + tawakal = kejayaan


sekian!!

Tuesday, March 23, 2010

berdiam itu lebih baik


aku nih bukanlah seorang yang banyak cakap,

hanya pada yang rapat akan terlihat percakapanku yang sungguh banyak,

tapi hakikat aku tiada apa untuk diceritakan,

kadang kala bila sudah datang niatku untuk mengusik,

pasti orang sekeliling yang rapat denganku akan terkena usikanku,

apabila tiada mood melanda diri,

hangat hangit je senyuman yang aku dapat berikan kat orang yang kebetulan memandangku,

bukan niat untuk senyum tanpa keikhlasan,

diri ini terlampau memikirkan satu hal dengan terlampau berat,

yang kadangkala hampir kehilangan sebuah henset,

telah juga aku kehilangan sebuah pendrive milik sahabatku,

dan juga aku sendiri telah kehilangan sebuah kalkulator kesayanganku,

itu semua gara-gara kecuaianku dilanda aku sedang stress menghadapi saat2 akhir di bumi ukm,

mujur semua itu sudah dijumpai,

pernah juga aku berjalan pulang ke bilik sambil membawa payung,

setibanya dibilik aku digelakkan oleh rumet2ku,

mana tidaknya,

payung yang ku bawa, separuh lagi terlipat ke atas...

kini, tidur nyenyak ku sering terganggu...

tidak sabar rasanya hendak keluar daripada semua belenggu ini





-minggu yang padat-
fuh!!


nama JEPUN yang haru biru....

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

Monday, March 22, 2010

perkosa nenek hidap strok!

Ini manusia ke binatang?? da xde akal ke?? dunia akhir zaman...........


KOTA BHARU: Seorang tukang urut mempunyai selera ‘luar biasa’ apabila sanggup menodai seorang warga emas berusia 65 tahun ketika melakukan urutan tradisional untuk mengubati penyakit angin ahmar dihadapi mangsa.

Perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit terbongkar selepas cucu mangsa terhidu aktiviti tidak bermoral suspek. Cucu mangsa berusia 35 tahun kemudian bertanya kepada neneknya itu sekiranya pernah diperlakukan kurang sopan tukang urut berkenaan ketika mengubatinya.


Warga emas itu kemudian menceritakan tembelang tukang urut berkenaan yang pernah menodainya ketika mendapatkan rawatan urutan sekitar Januari lalu.


Cucu warga emas itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, kelmarin.


Rentetan daripada kejadian dua bulan lalu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada hari sama untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, berkata sebelum kejadian, cucu mangsa ada membawa seorang tukang urut lelaki untuk mengurut neneknya yang menghidap angin ahmar sejak lima tahun lalu.


Menurutnya, ketika itu mangsa berada di dalam bilik sedang diurut lelaki terbabit, manakala cucunya berada di luar.


“Difahamkan, ketika mangsa diurut, suspek mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan itu, tanpa pengetahuan cucu mangsa.


“Selepas melakukan urutan itu, lelaki terbabit yang dipercayai tinggal di sekitar kampung berkenaan kemudian pulang ke rumahnya,” katanya.


sumber : mymetro

tesis~~



aku sangat tertekan dengan ko tesis...

sekian













MAKAN MALAM TAHUNAN KIMIA - INTERNATIONAL RED CARPET -


Gambar demi gambar yang menceritakan segalanya....


di eQuatorial Hotel


makmal analisis
good luck thesis...


Charlie's Angel, konon nya...
(^_^)





hydrogen bonding



semoga ikatan ukhuwah ini hidup selamanya, insyaallah
remember each other k....=))
jangan gado2 =pp








p/s : akan upload gambar di pesta belon panas....tunguuuuuu!!!!!!


Saturday, March 20, 2010

high five from violet





copy award nih macam dapat grammy award
- bagitahu siapa and link blog orang yang bagi award nih
- tajuk post korang mesti ada perkataan 'FIVE' cam high FIVE, or 'FIVE je ker ??
tak kesah lah ape pe,, tapi tada 'FIVE'

tag dari cik ashiya


1. Five name that people called you
  • farhah
  • faha
  • paah
  • along
  • kak long
2. Five important dates in your life
  • 2510
  • 0504
  • 090909 (number shantek)
  • 12122012
  • 1409 + 0910
3. Five things you done yesterday
  • makmal

  • p_ _ T _ n G kelas..huahua...
  • main bola jaring
  • makan makan makan
  • kene hujan...
4. Five ways to be happy
  • layan blog
  • malas pkiaq benda berat2 nih like tesis
  • main bola jaring
  • main rounders
  • kalau dapat cek dari nuffnang =pp
5. Five favourite movies
  • avatar
  • chal mere bai, hindustani,
  • 1 litre of tears
  • full house
  • cite2 apa aje
6. Five favourite hobbies
  • merepek dalam blog
  • melalak dalam bilik
  • menjelajah setiap pelusuk blog orang, jadi silent reader
  • mimpi indah atas tilam empuk
  • makan benda sedap, spagetty sedanye...hoho
7. Five favourite peoples
  • ibu bapa
  • adik beradik
  • saudara mara
  • sahabat
  • kawan-kawan
8. Five favourite places for vacation
  • teratak di bukit naga
  • pantai di pulau
  • jepun
  • paris
  • new zealand
9. Five reasons your answer the survey
  • kene tag
  • lama xkene tag
  • menambah entry baru..haha
  • saja2 jek mengisi masa yang sepatutnye masa itu diisi dengan buat kerja lebih berfaedah
  • -----------------------------------
10. Five persons to tag

Friday, March 19, 2010

ding dong ::loceng berbunyi::


ding dong..

tetamu : boleh saya masuk ke blog ini sekejap?

tuan blog : boleh...silakan...jangan segan milu

tetamu : apa tuan blog tengah buat di kala ini? jam sudah menunjukkan 4.35 pagi nih...

tuan blog : cik tetamu, saya sedang dilanda satu fenomena yang rata-rata pelajar yang berumur sebaya saya juga mengalami fenomena seperti saya....

tetamu : fenomena?? fenomena apa tuan blog? fenomena la nina ke? atau fenomena el nino?

tuan blog : bukan...bukan...itu fenomena musibah...yang saya maksudkan fenomena tesis...ramai yang boleh dilanda demam tesis saat ini...

tetamu : owh yeakea...begitu dasyat ea fenomena tesis nih..

tuan blog : yup...demam stress juga seiring semasa fenomena ini melanda...tiada penawar untuk mengubatinya...

tetamu : cik tuan blog, sila jaga kesihatan diri ea...sekadar nasihat demi masa akan datang...

tuan blog : terima kasih wahai tetamu...sila kunjung blog saya yang tidak seberapa ini ea...=))



















cop cop...
sape tetamu 2 weyhhhh????
jam da 0443
masa berlalu begitu pantas
dada mula berdetak
memikirkan siapa gerangan tetamu itu













baik aku pi masuk tido dulu sebelum apa2 terjadi...
semoga aku dapat bangun untuk kelas pagi sok
kul 9
adessss


konpem sengguk aku
hoho






























selamat tinggal blog
ku mahu ketiduran dulu ea...










(stop merepek, oke?)

























peringatan : ada seorang sahabat blogger memberikan saya asiment tag, sila tunggu ea....

Wednesday, March 17, 2010

kadang-kadang keliru





kadang-kadang aku keliru

apakah benar aku kuat marah????????






























(begitu menghantui diri-aku sedar aku siapa-)


pen drive with alarm

beberapa ketika yang lalu, aku sudah hilangkan sebuah pendrive milik sahabatku.

sudah ku cari di segenap penjuru bilikku, tetapi bayangnya tidak ku jumpai.

aku terasa mahu miscall sahaja pendrive itu.

alangkah perkara itu boleh terjadi, tidaklah aku serumit ini untuk memikirkan di mana pendrive itu telah ku tinggalkan.

owh pendrive...................
segerakanlah munculkan diri....
cepat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nih yang aku nak cipta satu pendrive dengan alarm nih....setiap sejam aku boleh set alarm pada pendrive 2...
so, masalah pendrive hilang mesti dapat diatasi kan...
siapa tok nujum belalang dalam blogger nih?
boleh tolong saya carik kan pendrive tersebut x??

Tuesday, March 16, 2010

Amarah

Amarah, bukan tajuk lagu diva popular, Siti Nurhaliza bersama Kris Dayanti, tetapi amarah di sini merujuk kepada sifat amarah yang pastinya wujud dalam setiap insan bergelar manusia.


Aku juga tidak terkecuali daripada memiliki sifat amarah ini. Bukan mudah untuk menghilangkan sifat amarah dalam diri selagi ada makhluk yang bernamanya syaitan. Sifat amarah memang sifat yang sangat disukai oleh golongan syaitan. Apabila kita yang bernama manusia ini mengalami sifat amarah, maka golongan syaitan akan berjoget bersuka ria sambil menepuk tangan melihat musuh utama tergoda dengan bisikan sang syaitan.


Aku ni insan yang lemah. Sekuat-kuat manusia pasti akan tertunduk dengan bisikan halus sang syaitan. Bagaimana aku hendak hindari daripada sifat amarah ini. Disebabkan sifat amarah ini, aku sering dilanda gangguan emosi, perasaan orang sekeliling aku hindarkan, terasa hendak mencampak semua barang yang ada di hadapan mata. Kadangkala, apabila terlampau kuat perasaan amarah dalam diri, aku segera mengambil wudhu' untuk menyejukkan hati yang sedang panas. Kadang-kadang aku tewas juga dengan godaan syaitan. Setelah ambil wudhu' kembali kepada sifat amarah. Ya Tuhan, jelas nyata dan terang kekuatan iman dalam diri begitu goyah, mudah untuk rapuh. Ya Allah, bagaimana hamba ini mahu melawan sifat amarah ini??
Tolonglah hamba yang lemah lagi dina ini.





Kepada rakan-rakan sekeliling yang terlihat aku di kala marah, maafkan diri ini. Aku tidak dapat mengawal emosi tatkala tekanan sentiasa wujud dalam minda. Aku cuba untuk tepis, tetapi aku tidak kuat. Maafkan aku wahai rakan-rakan.



Share link : 1
2



Kisahku Bersama 4 Isteri

di kala aku tengah bosan tahap cipan walaupun kerja tengah berlambak-lambak, sempat lagi aku berjalan kat blog orang lain...terjumpa aku satu cerita nih...jom baca cerita nih...pastu korang nilai sendiri ea..=))



“Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.

Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….

Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?

Doctor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”

Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.

“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”

Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.
“Darling, abang akan pergi selamanya…”
“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.
Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.
“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.

Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.
“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”

Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.
Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.

“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.
“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”
“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”
“Dengan lancar?”
“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”

“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”
“Apa masalahnya, bang?”
“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”

Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti. Tiba-tiba….”Assalamualaiku, bang.”

Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.
“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.
“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.

Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.
“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abnag di alam kubur!”

Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.

Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan diri kita. Kitalah yang punya empat ‘isteri’. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.

Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?



sumber : http://www.din3187.com

Monday, March 15, 2010

phewiittt!! den da bole kawen..yahooo...=)0



aku aka cik VC aka nama sebenar sudah cukup syarat untuk kawen..=))
pergh...giler gatai aku nih...
mati aku kene tibai ngan parent..
blaja xabis...ade hati nak kawen...
haha...

tapi hakikat sebenar, elok si anak gadis berkahwin pada usia muda...
sebabnya, usia muda ni tahap kesuburan masih tinggi...
cuba bayangkan kalau si gadis baru terhegeh2 nak kawen pada usia 30-an...
alamatnye, kilang pengeluaran pon kurang produktif la jawabnye...
aish...

pergh...
semalam siang masa pengisian slot dengan pegawai kesihatan, memang mantap ar cara penyampaian...
wa tabik sama lu encik der...
open habis weyh...
aku ni plak nek bulu2 roma dengar die bercerita...
seram pon ada nak alami sume2 y die cerita...
tengok video orang yang bersalin pon da kecut salur darah aku...
sama ada secara semulajadi atau operation, dua2 sama tanggung risiko...
tapi, aku prefer semulajadi coz sakit yang dialami sekejap je compare operation...
memang aku tabik kat ibu-ibu kat emak-emak yang dapat melahirkan anak yang berderet-deret ramai...
pergh...memang hebat ar kaum ibu dapat melahirkan satu nyawa...
aku tumpang bangga =)0

tapi, korang jangan ingat nak kawin ni senang...
nampak memang la senang...
tapi prosuder mestilah kene ikut...
janganlah nikah ikot sesuka hati...
ikut la adab...
kita kan orang islam, orang melayu, penuh dengan adab...

tapi before kawin, mestila kene dapat restu ibu bapa...
nak dapat keredhaan Allah, pastikan dapat keredhaan ibu bapa dulu...
itu penting...
janganlah kawin lari...
ada masalah masa rumah tangga nanti, konpem2 korang gi carik parent dlu kan...
ha...
jadinya, pastikan dapat persetujuan mereka dlu...
ok??

dalam slot bersama encik kesihatan, pastikan kita nih melakukan pemeriksaan HIV, TALASEMIA sebelum kawen...
bila keputusan HIV positif, kemungkinan kita nak sebar penyakit kat pasangan kita adalah sangat tinggi..
sekiranya si pasangan bakal memiliki anak, kemungkinan si bakal anak mempunyai risiko yang tinggi untuk hidap penyakit HIV...
kasihanilah kanak-kanak itu...agak2 kalau korang ada penyakit HIV, sila la jangan kawin...=p
papehal korang rujukla pakar kesihatan...
dapatkan nasihat yang utama k...

bila keputusan HIV negatif, xsemestinya korang benar2 terlepas HIV...
pastikan korang buat re-check k...
sebabnya, maybe virus pada masa korang cek kurang aktif...
jadinya, pergila ke hospital berdekatan untuk lakukan pemeriksaan semula...

penyakit HIV boleh tersebar bukan sahaja melalui perhubungan,
malah pendermaan organ, pendermaan darah, berkongsi jarum suntikan juga bole sebabkan HIV berlaku...
kepada penagih dadah, sila bawak sendiri jarum suntikan kalau korang nak amek dadah 2...
janganla share2 k...
walaupun bak kata pepatah sharing is caring, tapi dalam situasi nih korang terpaksa tinggalkan kata pepatah 2...nanti jadi sharing is trouble plak...
tapi aku nasihatkan kepada penagih dadah, balik2 la bertaubat....
sucikan diri k sementara pintu taubat masih terbukak untuk korang...
kepada ex-penagih pon, jangan ambek sambil lewa pemeriksaan nih...
penting untuk diri dan pasangan yang bakal dikahwini...

lain info, sila rujuk pakar kesihatan yang bertauliah =)


(kepada peserta yang menghadiri kursus kahwin semalam, Selamat Pengantin Baru)
=)0


Saturday, March 13, 2010

kursus PRA PERKAHWINAN


siang tadi,
aku bersama cik ashiya melangkah menuju ke KTAM,
untuk menghadiri,
kursus KAHWIN...


kursus kahwin beb..
aku macam xpercaya umur macam aku nih sememangnya sudah layak untuk berkahwin...


tetapi setelah beberapa ceramah aku dengar siang tadi,
bukan aku rasa lagi cepat mau kawen,
tapi aku rasa takut mau kawen...


sebab ape?
sebabnye bila pikir satu tanggungjawab yang harus dipikul itu sangat berat...
tanggungjawab seorang isteri..
wow!!
itu baru isteri...
belom ditambah dengan kehadiran orang baru yang bakal menjadi penyeri hidup...
tugas yang digalas semakin berat dari semasa ke semasa...
owh gelaran ibu bakal disandang...


ape bakal si anak akan memanggil ku?
ibu..
umi..
emak...
mak...
mama...
mummy...
wah....layakkah aku hadapi alam yang bakal mendewasakan kita??



seriau bila memikirkan bagaimana agaknya kehidupan realiti alam perkahwinan ea??
sanggup kah aku??
bersediakah aku dari segi mental??
dari segi fizikal??


persediaan itu sangat penting..
kurang nya persediaan,
ceteknya ilmu agama,
tiada wujudnya toleransi antara pasangan,
maka,
ranaplah rumah tangga yang di bina...

alkisah, penceraian mula menjadi bibit hangat di dada-dada akhbar,

************************************************************************************

fokus utama aku sekarang adalah menamatkan ijazah dengan sempurna, mudah-mudahan,
mahu memiliki sebijik kereta sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan
paling koman aku nak sebijik mini cooper
macam gambar kat bawah nih...
kaler : blueberry @ violet @ purple+pink

aku survey harga kereta idaman kalbu nih...
mak datuk...
cecah RM 208 000.000
nak tercekik aku melihat harga yang sangat best tuh..
tapi aku minat sangat
teringin nak bawak kereta yang secumel ini...
ada x sesiapa jejaka hangat ke jejaka hangit kat lua tuh yang bole kasi aku kete mini cooper free of charge kat aku??
agak2 ada ke?
aku rase ada la,
tapi dalam mimpi aku...
hahahaha...

lagi satu..
impian aku nak ada sebijik dslr...
kalau boleh nak jenis nikon..

ha..kali nih ade x putera raja ke yang nak bagi hantaran dslr?
kalau ade, kasi kat aku ar...
konpem aku terima dengan senang hati...hehe
=)0

banyak lagi sebenarnya
xmampu nak list lagik...
nanti2 la...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

balik pada citer pasai kawin tadi,
ustaz tadi ade pesan,

bagus akad nikah pada bulan syawal,
lebih berkat,

lagi bagus kalau akad nikah bulan ramadhan,
sebabnye jimat duit,
kenduri lepas solat tarawih je..=))

lagi bagus kalau dapat akad nikah pada hari jumaat,
mak aku pernah cakap sebab elok nikah hari jumaat,
tapi aku lupe sebabnye....
nanti2 aku roger my mum ea..=p


banyak lagi cerita ustaz n ustazah kongsi tadi,
kalau nak tahu lebih lanjut,
sila la cepat2 pi dafta kursus kawen ni ea...

banyak info...
gelak pon banyak..

hahaha...

sok pagi ada lagi...

jumpe esok sekiranya umur dipanjangkan...





















taubat seorang hamba



Hati hiba mengenangkan,
dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

____________________________________________________________________


bait-bait lirik dalam lagu "taubat seorang hamba" begitu menusuk kalbu
kata-kata yang ringkas tetapi penuh bermakna

-ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini-

kata-kata ini begitu sinonim dengan diri ini
begitu banyak calit2 hitam yang sudah merobek di dalam hati

tetapi bila lagi timbulnya kesedaran untuk menyucikan calit2 hitam itu wahai cik vc??


"Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan"

sememangnya apabila aku mengalami sedikit kelalaian, hati dan jiwa mula rasa resah gelisah
kipas yang dirasakan dapat menyejukkan diri seakan tidak dapat memberi kesan
kadang-kadang mengalami kepanasan dalam jiwa
itu memang tandanya hati penuh dengan dosa


"Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa..."

Ya Tuhan..
sempat lagikah aku memohon kemaafan dariMu...
layakkah diri ini memohon kemaafan sedangkan hamba ini penuh dengan kekotoran??
rasa malu menikam diri
rasa takut dengan balasanMu
hamba ini tidak sempurna
mudah untuk mensasarkan diri ke jalan yang bengkok
sempatkah aku merasa nikmat di alam syurgaMu
masihkah ada sisa-sisa kenikmatan itu?
atau selayaknya aku berada di neraka jahanam
nau'zubillah
moga aku dijauhkan

Ya Allah
"Terimalah 3x..
Taubatku ini..."



[aku akan perbaiki diri ini, mudah2an dirahmati]


-sama2 kita berdoa agar taubat kita diterima-
insyaallah

Friday, March 12, 2010

drama tiger woods SINGAPURA

macam2 hal la sekarang nih..



Drama Tiger Woods Singapura





SINGAPURA – Seorang pengarah filem terkenal di Singapura, Jack Neo digelar sebagai Tiger Woods di kalangan kolumnis dan penulis blog bukan kerana kehebatannya di padang golf.

Namun, gelaran itu diberikan kerana beberapa skandal hubungan sulit yang mencemarkan imejnya sebagai pengarah filem paling disayangi di negara berkenaan.

Pada satu sidang media secara langsung menerusi televisyen semalam yang mirip sidang media pengakuan Tiger Woods, Neo mengaku menipu isterinya.

Pengakuan itu merupakan kemuncak kepada pendedahan selama seminggu mengenai hubungan Neo bersama seorang model berusia 22 tahun sejak dua tahun lalu.

Beberapa artis dan model yang berbakat besar termasuk seorang yang berusia 16 tahun pernah membuat kenyataan kepada beberapa akhbar tabloid tempatan pada minggu ini bahawa Neo secara agresif cuba menggoda mereka.

Neo turut menjanjikan untuk menjadikan mereka bintang di dalam filemnya.

“Semuanya salah saya. Tolong beri peluang pada kami,” kata Neo, 50, sebelum menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya dan menangis pada sidang media semalam.

Isteri Neo, Irene, berusia 27 tahun yang berada di sisinya menyatakan dia memaafkan suaminya itu dan akan tetap hidup bersama dengannya.

Irene kemudian pengsan semasa berjalan keluar dari sidang media tersebut.

Isteri Neo itu terpaksa dipapah keluar dari pentas yang dikelilingi pancaran cahaya kerlipan kamera jurugambar.

“Saya sudah pun dilukai. Saya mahukan restu awak,” kata Irene yang berlinangan air mata sebelum itu.

Neo mula menjadi popular sebagai seorang pelawak di televisyen Singapura pada tahun 1990 dan kemudian mengarah filem Cina dan filem berbahasa Inggeris popular.

Antaranya, Money No Enough dan I Not Stupid yang banyak memperkenalkan kepentingan keluarga berbanding topik lain.

Filem terbarunya, Being Human ditayangkan di Singapura pada minggu lalu.

Pemerintah Singapura mengiktiraf Neo dengan anugerah khidmat masyarakat dan kebudayaan serta dia turut berkongsi sebuah laman blog dengan Menteri Luar Negeri, George Yeo.

Pada bulan lalu, Woods mengakhiri sikap mendiamkan diri selama tiga bulan dan mengesahkan hubungan sulitnya pada satu kenyataan di sebuah televisyen dengan tidak ditemani isterinya, Elin Nordegren.

Kisah Neo bermula Sabtu lalu apabila Wendy Chong, seorang model yang memainkan peranan kecil dalam dua filem arahan Neo memberitahu sebuah akhbar tabloid berbahasa Cina bahawa dia telah menjadi teman wanitanya sejak dua tahun lalu dan bertengkar dengan isteri Neo pada minggu lalu. – AP


sumber : kosmo



our face is priceless

mahu share satu pepatah

"Our face is priceless"

Thursday, March 11, 2010

CHEMISTRY'S DINNER


malam tadi
bertempat di HOTEL EQUATORIAL

mahasiswa CHEMIST UKM
selamat memeriahkan makan malam terakhir bersama dengan lecterur dan pembantu2 makmal

dinner yang grand
pada mulanya aku berniat tidak mahu melibatkan diri dalam dinner
sebab,
sebelum dapat sponsor, kene bayar rm 100

aku tiada duit
duit sebanyak itu cukup untuk 2 minggu aku makan

selepas beberapa sponsor dapat dicari
akhirnya bayaran dikurangkan kepada rm 50

lalu aku berkata dalam hati untuk pergi
kerana melihat rakan2 yang begitu semangat menguruskan makan malam ini

kepada rakan2 kimia, aku minta maaf sebab aku tidak tolong korang

tapi, kesungguhan korang nyata membuahkan hasil yang gempak jugak =)

makanan pon boleh tahan lagi2 daging salai

sedap..sedap...sedap



bercerita pasal makanan, menyebabkan perot aku da stat lagu LADY GAGA
mintak diisi
tapi malas

dan malas lagi
untuk melangkah ke lab...
alahai...........











SEMANGAT CIK VC
LAST SEM KO BUAT DEGREE NIH!!!!!!!!!!!!!!!!!
























(nak tengok gambar dinner kah?? nanti2 la aku upload ek)

salam.

Tuesday, March 9, 2010

BUFFERED EARNINGS!! tolong saya..bantu saya otai2 blogger


BUFFERED EARNINGS

apa itu buffered earnings?

otai2 blogger...

tolong saya

bantu saya

buffered earnings nih untuk ape??

eden tgh bizi nak mampoiuh nih

kekangan masa jugak untuk mengupdate blog

ini pon secara curi2 haram aku update

keje berlambak lagik!!

sape yang paham n pro pasal buffered earnings nih, sila jangan segan silu untuk mengajar saya...

saya amat memerlukan pakar untuk mengajar saya hal2 yang berkaitan dengan nuffnang nih...





buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

=)0


Monday, March 8, 2010

stay up

lame gler xstay up..
almaklumla pas makan cepat sangat aku ngantuk lalu aku terus tidur n automatik jarangla aku stay up

hari ini, ntah kuasa auta dari mane ntah membolehkan mata aku bertahan sehingga skrg
jam pula menunjukkan tepat 0407

aish
sepatutya, tyme2 mcm ni aku da lena gler diulit mimpi tanpa sedar bunyi apa2 even bunyi cicak berdecit pon.

sbnrnye kekuatan aku stay up pon sebab tesis la
selagi tesis ni xsiap, tido pon xlena

ini pon baru bape percent siap
patutnye kene anta kat penyelia 7hb
tapi 7hb kn hari ahad
jadi, kita assume anta 8hb

ni da 8hb
tapi tesis aku masih bergerak dalam 20km/j

mcmane aku nak speedkan die sampai cecah 120km/j?
xpon paling koman 160 km/j?
ade idea x?
huhu

aku bace journal pon terkedek-kedek
mane x nye, kebanyakan eng
ai
bahasa yang kurang ku gemari sejak aku lahir
lidah kelu untuk speaking2 nih
hoho


kla..perot da berkerocong lagu wali band
mintak diisi dengan sedikit lactose
supaya mudah mendapat mimpi yang barangkali aku jadi kaya ke
xpon aku da punya sebijik mini cooper
xpon mimpi aku sedang berada di kota paris, Eiffel Tower

owh, alangkah bestnye ada wang banyak
hoho...

aku mau mimpi dulu
sok2 aku merepek lagi
tapi before 2 kaci aku mkn kerepek
supaya lagi bnyak aku merepek
hoho

abaikan
otak aku sedang under maintanance
tidak mampu untuk berfikir dengan sempurna


adios amigos

Thursday, March 4, 2010

extend blaja



ada siapa-siapa kesah x aku EXTEND blaja nih????


























tapi, sian mak bapak aku..huhu



~owh kekasih hati~



owh kekasih hati
pengarang jantung limpa hempedu

janganla kau merajuk dengan diri ini
jangan dibaluti skrin mu dengan kaler kemerah-merahan

kasihanila diriku kerna aku amat memerlukanmu
di saat akhir perjuangan

janganla kau sakiti hatiku dengan mengeluarkan line2 yang tidak sepatutnya
tolongla aku menyiapkan kerja2 yang semakin berlambak akibat selalu membuat penangguhan

janganla kau sebarkan sebarang virus di saat genting ini
aku sangat memerlukan mu

aku telah menjaga diri mu dengan sepenuh hatiku
aku menyayangi dirimu seperti aku menyayangi diriku

tolonglah aku
jangan menyusahkan aku wahai laptop tersayang



-hoho-



Wednesday, March 3, 2010

berhibernasi



mari ikot cik vc pergi berhibernasi di

KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH

pada pukul

8.00 malam ini.

berpakaian sweeter untuk keselesaan.

bawa peralatan tulis untuk sebarang persediaan.

bawa idea2 yang cukup dalam kotak memori untuk dicurahkan di ruang jawapan semasa berhibernasi nanti.

semoga kalian terhibur diiringi dengan senyuman.















































(wah, pe aku merepek nih-aku da xsanggup nak hadap nota petang2 nih. ley jadi mereng weyh, adohai------------)




genting penting



esok exam lagik.
semua muka bebudak kat umah nih da jadi kelat macam kulat.
masing2 masam macam cuka.
menghadap nota yang amat tertarik hati 24 jam.
untuk menghadapi saat-saat genting pada tarikh yang cantek.
03-03-2010.
semoga kalian menghadapi exam dengan penuh tabah-cekal-dan redha.


kepada cik ashiya bersama pengikut oleokimia, gudluck untuk pepagi esok.
kepada cik aisah bersama sahabat fep, gudluck untuk pagi dan malam hari.
(ley jadi mereng sekali 2 exam dalam 1 hari)


kepada pemilik blog terchenta, sila jawab bek2 exam organologam yang besh 2..hoho..
kepada bebudak kimia, all da besh..
perjuangan belom selesai lagik.




last but not least,
GANBATE GANBATE



=)0





Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK