Thursday, April 29, 2010

[Wanita] BASUH BRA dan PAKAIAN2 BARU ANDA SEBELUM DIPAKAI, KALAU XNAK JADI MACAM INI. SILA JANGAN MALAS!!


Gambar sensored 18sx tapi aku share khusus untuk kaum wanita, ok!




Tolong disebarkan ke semua kenalan & e-mail yang Anda punya, khususnya wanita.

CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. Banyak orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukan-nya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada didalam pakaian ketika kita membelinya.


Ya Tuhan. Menjijikkan. Kirimkan ke semua wanita!!!
CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!! Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!



BERITA BENAR

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.


Setelah ia kembali, ia menemui dokter karena sudah dimulainya rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari dokter2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.


Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya!



p/s : sila ambek perhatian k..jaga kesihatan dan keselamatan diri kita..Nampak geli tapi masyaAllah, ia benar2 terjadi..sila ambil iktibar wahai kaumku di luar sana!!

Basuh Bra dan Pakaian2 Baru anda sebelum dipakai!!!!


[gambar] hasil seni orang berhati dengki...

entry lepas aku ade citer pasai hot story, and kat situ aku ada janji nak upload gambar hasil seni orang yang dengki kat aku, tapi buat masa ni, aku xupload lagik. sedang kemalasan.

jika aku sedang kerajinan, aku akan upload, okay!!

Tuesday, April 27, 2010

Weyh, siapa yang buat dajal kat aku nih?? Kot ye dengki jangan sampai main calar-calar plak..Face to Face ar!!!


Selesai 4 exam, menanti exam terakhir pada hari Jumaat..

Aku ada cerita. Tapi xtau cerita ni cerita jenis apa. Kalau korang sudi, bacalah n beri pandangan.



Aku ni bukanlah orang yang jenis bergaul dengan ramai orang. Kawan pon xramai. Rupa-rupanya di sebalik aku berkawan, ada juga yang berhati dengki ea. Aku xtaulah siapa orang yang dengki kat aku. Tetapi boleh dilihat dengan jelas dan terang, kalau ada orang yang cuba merosakkan atau mencalarkan harta benda kita dengan sengaja, mesti ada orang yang dengki dengan kita. Aku xtau dari segi aspek ape orang itu nak dengki. Aku rasa setakat aku kat UKM, belom pernah aku buat jahat kat orang. Serious, aku xberani nak wat jahat.


Pagi tadi, letak kereta sekejap dekat parking bawah, sebab parking kereta macam biasa penuh. Naik bilik kejap pastu turun balik dengan niat nak pergi carik parking dan print. Aku macam biasala, susah nak alert dengan sesuatu benda. Cik Ashiya tunjukkan aku satu kesan calar dekat pintu kereta. Ok fine. Sikit je baru. Belom hot lagi. Sekali kitorang round satu body kereta, perghhhh menyirap darah ni naik kat kepala taw. Punya banyak kesan calar beb. 4 pintu paling ketara kesan calar. panjang beb. Kalau setakat calar sikit, aku boleh terima lagi. Ini dah sampai 1 body kereta, sapa xhangin??


Masa tu ada seorang makcik cleaner kat situ. Tanya dia samaada nampak x siapa2 yang duk menggatai calar kereta tuh. Makcik 2 jawab, xde. So, nak caya ke x eh? Kita abaikan dulu.


Masuk dalam kete. Bajet dapat tenangkan hati. Kononya. Tapi memang xley weyh. Dalam kereta je, ktorang mencarut habis ar. Siapa punya keje gila nih??!!!!... Kalau nak marah ktorang pon jangan sampai nak merosakkan harta benda. Banyak duit woo nak pakai. Banyak andaian yang ktorang wat.


Pertama, orang marah sebab parking kat situ. Tapi apa kes nak marah. Ktorang xkacau pon parking korang. Ktorang xkacau pon harta benda korang. Kalau sebab kete aku, moto korang xley kua, ruang besa lagi weyh. Senang je gerakkan motor korang tuh. Kalau nak kuakan kereta korang, ade lagi ruang kat sebelah muat untuk keluarkan kereta tu k.


Kedua, memang kerja orang gila atau mental. Orang ni mungkin satu urat saraf kat otak dah terputus. Bila da xcukup sambungan urat saraf tu, tu yang dia pi toreh semua jenis2 kereta ala-ala cantik macam kereta aku tuh. Kereta aku yang tak bersalah pulak jadi mangsa orang mental. Tu sebab kereta penuh dengan calar balar. HUH!! Tapi xkan ar dalam UKM ada orang sakit mental?? pergh, konfius aku. Apa pon sila berhati ea...


Ketiga, Ha!! Nih satu andaian yang memang aku rasa logik weyh..ADA ORANG DENGKI OR BENCI OR MARAH KAT AKU!!! Siapa yang dengki sangat kat aku tuh.


Hey! tolonglah aku da nak blah dari UKM pon, xkan nak dengki kat aku kot. Kot nak dengki pon nape xdengki dari dulu lagik. Kalau da memang benci sangat, da memang marah kat aku tahap gaban, sila la jumpa aku depan2. Aku xmakan orangla weyh..Ke ko tuh xley tengok orang ada kenderaan ha?? Hey orang yang dengki kat aku, aku nih baru je bawak kete kot ke UKM, bagi la peluang. Yang ko pi calarkan kereta aku napa ha????????????????????????????????


Memang serious aku marah kat ko k. Da la pengecut. Calar bila aku xda. Pengecut, penakut macam *****. Ko jangan buat aku mencarut kat sini weyh.... Elok2 blog aku suci, xpasal2 kotor sebab ko pengecut. Arghhh..Siapa yang wat tuh?? Serious, xdapat terima hakikat. Setiap kali aku tengok kesan tuh, automatik perasaan panas datang. Istighfar3..Tapi still menghantui diri. Aku doakan orang pengecut yang macam ****, hidup xkan tenteram selamanya. Lantak ko ar. Kat akhirat nanti apa yang ko buat pasti akan ditayang. Masa tuh semua orang tengok perangai ko yang xsenonoh 2. Insafla weyh...Banyak3 bertaubat. Nasib masa ko mencalarkan kereta tuh, nyawa ko xdicabut. Kalau la saat masanya ajal ko tiba, xsempat ko betaubat. INSAFLA orang berhati dengki kat aku..



Spoilkan mood aku untuk seharian. Aku bajet lepas print dapat la kemas2 bahan lab, tapi disebabkan ko PENGECUT, semua benda jadi stuck!! Hampas!!..



Orang hati dengki penuh dendam kesumat, mukanya macam kat atas!!


p/s : Siapa budak berhati dengki tu, sila mengaku dan tuntut kemaafan daripada aku, now!!!!!
Aku ada amik gambar hasil seni budak pengecut tuh, nanti ar aku upload...
Tapi aku xsangka, aku ada "MUSUH DALAM SELIMUT" rupanya. HUH!!

Last but not least, sila berbahagia budak pengecut aka berhati dengki!!

Saturday, April 24, 2010

mood hambar macam amber chia...

mood hambar macam amber chia..
pinjam nama amber chia model sexy tuh jap walaupun entry xde kena mengena dengan dia..
tapi lebih kepada mood study yang semakin lama semakin hambar..

isnin nih paper kedua last aku sebelum paper last hari jumaat..
paper organologam..
tapi mood tuk study paper organologam makin2 hambar..
nak tau sebab pe??
sebab note in english..
lemahnya aku..
dalam english memang semakin hambarla aku nak study..
dari dulu lagi dan selamanya aku lemah dalam english..hoho...
bila aku nak meningkatkan english aku, aku pon xtau..
tunggulah saatnya tiba...
akan aku speaking english dengan lancarnya...:p

eh, aku semakin melalut nih, nasib xmenuju ke laut, kalau tidak lemaslah aku..
melalut terus melalut...
study xgerak2 lagik...
MALAS..
tapi kene rajin gak..
aku xnak extend 1 sem ma..
aku nak grad sama2 ngan dorang...
korang nak grad sama2 ngan aku x???

aku da gigil nih...
baik aku g study jap...(ecece, konon ja nak study nih)











sedikit kata-kata motivasi untuk diri dan yang membaca blog ini,






salam...
enjoy your weekend..

me?
enjoy your study..



kenapa linkwithin aku tidak berfungsi dengan betol ek??



ada siapa2 y ngaku baik hati..

sila la tolong saya yang dalam kesusahan nih..

kenapa link within saya berbentuk text..??

bukan seperti yang korang wat??

aish...nape ea??

help2...


Monday, April 19, 2010

[VIDEO] Jauhi Seks Luar Nikah..Jauhi Zina Harizal

Seks Luar Nikah semakin berleluasa..
Pembuangan bayi dilihat sebagai satu fenomena..
Semalam kita dengar cerita pembuangan bayi di kaki masjid...
Hari ini kita dihidangkan satu berita mengenai pembuangan bayi di dalam tong sampah dan dibakar..
Esok2 ke manakah bayi2 tidak berdosa itu akan dibuang??

Ya Allah Ya Tuhanku..
Jauhkan aku dari tragedi xberperi kemanusiaan ini...

Satu video mengenai pengguguran bayi oleh seorang yang bakal bergelar ibu, tapi selayaknya bukan gelaran ibu yang patut disandang, selayaknya gelaran PEMBUNUH lagi sesuai..
Hayati dan ambil pengajaran daripada video ni ........









p/s : sedangkan binatang yang tiada akal sayangkan anak, ini kan pula manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir boleh membunuh anak...
kejamnya manusia zaman sekarang...!!!

yehaaaa.....kembali kepada my lovely blog =))


korang2...

aku da kembali kepada blog lama...

coretan hati...

farhah88.blogspot.com...

yeaahaaa....

akhirnya...

aku dapat balik blog kesayangan aku...=)))

datang blog ni ea if sudi...

kalau nak jengah blog baru 2 ley jugak...

nanti da bis blaja, mesti jadi pengganggur terhormatkan, kalau rajin, aku edit la blog baru 2...

kalau sudi follow, follow ler...=)

inibelogfarhah.blogspot.com

blog terbaru saya =))


















p/s : saya SAYANG blog saya ^-^

Friday, April 16, 2010

follower aku...sila add aku balik kat blog baru...

http://inibelogfarhah.blogspot.com

ini belog baru aku...
sila add...
jangan malu2 ea...

huhuhu...


benci ar camnih!!!!!!!!!!



argh....................
xkan kene wat baru kot...

tolong ar aku...
aku sayang blog aku nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

=((((((((((((((((((((

Aku rasa nak mencarut kat sini boleh x?? Arghh...tensen giler...sape dpt tlg aku nih =((

Sape suh ko gatal2...bajet nak tukar background blog...ko pi revert to classic pe kes weyh....
mcmane nak ubah balik ni weyh....
sume hilang..........................

sedih tahap gaban aku weyh.......................
bencinya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tolong aku....
nak edit add gadget pon xde....
kenape?????????????????????????
geram!!!!!!!!!!!!!!!!

=(((((

Kisah Anak Derhaka!!!!

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

p/s: lidah kelu,mata terpejam, harap2 kite semua tidak tgolong dkalngan ank2 derhaka......

Thursday, April 15, 2010

Perhatian kepada ibu bapa pada usia muda, bujang teruna dan sang gadis,bagaimana menentukan alat kelamin bagi bayi khunsa??

Sambungan entry semalam berkenaan Khunsa, Keraguan Jantina Antara Lelaki dan Wanita.


Kali ini saya ingin memberi sedikit maklumat meneganai bagaimana para ibu bapa yang baru mendapat seorang bayi tetapi bayi tersebut kurang normal iaitu seorang bayi khunsa. Maklumat ini juga sangat penting kepada sang bujang teruna dan sang gadis yang belum mendirikan rumah tangga sebagai persediaan supaya bayi khunsa tersebut tidak dianggap asing.


CARA MENENTUKAN BAYI KHUNSA.


Sekiranya, sang doktor tidak mampu untuk menentukan jantina bayi yang dilahirkan berdasarkan organ kelamin luarnya, sudah tentu para pakar akan mengambil peranan untuk menentukan gender bayi berkenaan.


Selalunya ujian ultra bunyi boleh dibuat untuk menentukan kedudukan rahim yang terletak di belakang pundi kencing dan mengesahkan sama ada terdapat saluran kencing bagi lelaki atau serviks bagi perempuan.


Ujian darah juga dapat memeriksa paras kandungan hormon yang berbeza selain ujian kromosom bagi menentukan jantina sebenar. Bedah siasat terhadap tisu sistem reproduksi juga mungkin boleh membantu mengesahkan jantina bayi tersebut dengan tepat. Namun, ada kebanyakan kes bayi khunsa yang dilahirkan sukar untuk ditentukan kategorinya meskipun menggunakan teknik moden.


Panduan yang dibuat oleh Imam Nawawi mungkin boleh diguna pakai bagi menentukan jantina bayi khunsa berdasarkan pemerhatian terhadap pembuangan najisnya. Menurut Imam Nawawi, kecenderungan jantina boleh dilihat semasa bayi tersebut membuang air kecil.


Jika ia menggunakan alat kelamin lelaki, hukumnya dia adalah lelaki. Jika sebaliknya, dia harus membuang alat kelamin lelaki yang ada padanya kerana dia cenderung ke arah perempuan.


Namun, sekiranya kedua-duanya berfungsi dan berhenti serentak, perlu dilihat mana yang lebih dahulu keluar. Sekiranya ia bermula serentak, ia dikira yang paling akhir selesai. Tetapi, jika alat satu lagi terlebih dahulu berfungsi, maka yang mendahului itulah yang diambil kira. Jika keluar dan berhentinya adalah serentak, maka dikira sebagai khunsa musykil yamg mempunyai hukumnya yang khusus. Selain itu, jantina khunsa boleh ditentukan dengan haidnya.


Dalam kebanyakan amalan perubatan, rawatan dan pengesahan jantina dibuat berdasarkan keputusan ujian dan pemeriksaan tertentu semasa seseorang itu masih bayi lagi. Para doktor mempercayai bahawa keputusan yang cepat dapat memberikan potensi untuk kanak-kanak tersebut mengenal jantina sejak kecil lagi.


Rawatannya mungkin membabitkan pembedahan untuk membentuk semula organ kelamin yang kurang sempurna dan disusuli dengan terapi hormon. Tisu ovari atau testis daripada jantina lain mungkin disingkirkan. Sebenarnya, membentuk alat kelamin perempuan adalah lebih mudah berbanding membuat alat kelamin lelaki yang mampu berfungsi dengan baik.
Sekiranya pilihan tidak dapat dibuat, maka kanak-kanak itu akan dipilih sebagai perempuan.


Kebanyakan pakar menggesa supaya penangguhan pembedahan untuk mengenal pasti jantina selagi ia tidak mengganggu kesihatan kanak-kanak tersebut dalam penentuan gendernya. Ini disebabkan beberapa kes kesilapan telah timbul apabila bayi khunsa yang dipilih sebagai perempuan sebenarnya lebih cenderung menjadi lelaki apabila dewasa. Kekeliruan ini menjadi rumit apabila membabitkan soal undang-undang termasuk soal perkahwinan, kerakyatan, keselamatan dan paling penting hukum agama.


Kerajaan menyarankan supaya ibu bapa tidak mendaftar bayi mereka yang didapati khunsa atau tidak mempunyai dua jantina di JPN sebagai lelaki, sebaliknya, lebih baik jantinanya ditulis sebagai 'tidak jelas' pada sijil kelahiran tersebut. Ini bertujuan untuk melihat kecenderungan seseorang khunsa itu mirip lelaki atau perempuan apabila dewasa kelak. Satu berita mengenai 'Bayi Khunsa Perlu didaftar sebagai Tidak Jelas Jantinanya', klik di sini.


Dwijantina atau khunsa ini adalah isu yang sangat kompleks. Jawapan terbaik adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk punca spesifik kenapa ia berlaku. Kita perlu memahami isu ini dengan mendalam sebelum tergesa-gesa membuat sebarang keputusan. Kita mungkin boleh membantu memberikan bantuan moral keluarga dan mereka yang mengalami masalah seperti ini. Ibu bapa dan ahli terbabit perlu mendapatkan kaunseling dan maklumat yang tepat tentang masalah ini supaya masa hadapan anak-anak terjamin apabila mereka dewasa kelak.




Saya hanya berkongsi sedikit maklumat ini mengikut bacaan yang saya baca. Sebarang kekeliruan eloklah berjumpa dengan orang yang lebih pakar mahupun yang lebih arif dalam isu ini. Satu laman web mengenai pengalaman mereka yang mengalami khunsa boleh klik disini.





Akhir kata "SHARING IS CARING".
Penuhkan masa anda dengan membaca (ececece =P)



PadaMu Kubersujud-tersentuh hatiku mendengar bait-bait tersebut-


Sekarang nih aku tengah syok layan lagu Afgan-PadaMu Kubersujud-

Walaupun lagu nih da kua agak lama, sekarang baru aku tersentuh pabila mendengar bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Afgan nih...

Sedap dan penuh dengan rasa keinsafan...Hayati liriknya....


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu


Khunsa, Keraguan Jantina Antara Lelaki dan Wanita..

Pagi ini, setelah agak bohsan membaca nota organik yang begitu memeningkan, lalu aku menarik sebuah majalah yang sudah lama tersorok dalam laci meja aku..majalah itu aku belek satu persatu dan terjumpa satu artikel yang membincangkan mengenai khunsa..


*************************************************************************************

Khunsa...
sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa semua bayi yang berada dalam kandungan ibu memiliki organ kelamin luar seakan-akan perempuan pada peringkat awal. sekiranya bayi itu ditakdirkan lelaki, maka organ kelamin dalamnya akan menjadi matang serta mula menghasilkan hormon lelaki iaitu testosteron. jika hormon itu sampai ke tisunya dengan tepat, organ kelamin luarnya yang berbentuk seperti perempuan itu akan berubah menjadi skrotum atau kerandut dan zakar.


Tetapi, ada kalanya kromosom seks iaitu gen yang membawa ciri jantina mungkin tidak sepadan dengan rupa organ kelamin luaran. Dari kejadian tersebut, terjadilah pencanggahan identiti gender bayi itu antara ciri lelaki dan perempuan ataupun dengan perkataan lain dikenali sebagai khunsa atau dwijantina [intersex].


Khunsa - keadaan yang mana organ kelamin seseorang bayi yang baru dilahirkan mempunyai kelainan dan sukar untuk ditentukan jantinanya sama ada lelaki atau perempuan berdasarkan rupa luarnya.


Asal usul Khunsa
Perkataan Khunsa berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud 'lembut'.
Dari sini lah timbulnya istilah kaum lembut, maknyah atau pondan dalam istilah Bahasa Melayu. Mengikut tafsiran syarak, khunsa - seseorang yang diragui jantinanya sama ada pada kedua-dua alat kelamin lelaki tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.


Dalam pengertian sains, istilah yang digunakan ialah hermaphrodite. Istilah ini berasal daripada nama dewa dan dewi dalam bahasa Yunani iaitu Hermes dan Aphrodite.

Hermes - dewa yang memiliki sifat lelaki.
Aphrodite - dewi yang memiliki sifat kewanitaan, kasih sayang dan cantik.


Dalam istilah perubatan, nama alternatif yang digunakan ialah penyakit perkembangan jantina [disorder of sex development, DSD] atau Pseudohermaphroditism.


Terdapat 4 kategori yang mengalami khunsa :

1. Khunsa Perempuan [female pseudohermaphroditism]

2. Khunsa Lelaki [male pseudohermaphroditism]

3. Khunsa Sebenar [true hermaphrodite]

4. Khunsa Kompleks [complex intersex]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khunsa perempuan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XX. Khunsa Perempuan secara genetiknya adalah perempuan. Bagaimanapun, organ kelamin luarnya kelihatan seperti lelaki dengan bentuk seakan-akan zakar. Tetapi, mereka mempunyai rahim, ovari dan organ kelamin dalaman lain seperti wanita normal.

Keadaan ini berlaku mungkin si ibu mengambil hormon progestron yang berlebihan untuk mengelakkan keguguran. Ini menyebabkan penghasilan hormon tertentu dalam badan ibu tidak berlaku keseimbangan.


Khunsa Lelaki secara genetik adalah lelaki dan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XY. Tetapi, organ kelamin luarannya gagal terbentuk dengan sempurna. Khunsa lelaki mungkin mempunyai testis dan vulva yang seakan-akan perempuan atau mempunyai zakar yang sangat kecil.


Khunsa Sebenar - seseorang yang mempunyai kedua-dua organ kelamin lelaki dan wanita, iaitu testis dan ovari [ovotestis] ataupun satu ovari dan satu testis. Secara genetik, dia mungkin memiliki kromosom XX, XY atau kedua-duanya. Alat kelaminnya mungkin sama, ataupun mungkin jelas lelaki atau wanita. Keadaan ini yang dipanggil khunsa sebenar.


Khunsa Kompleks - mereka yang mempunyai konfigurasi kromosom yang lebih rumit. Mungkin 45 kromosom, XO iaitu hanya 1 kromosom X, atau 47 kromosom XXY atau XXX. Kedua-duanya mempunyai lebihan kromosom X atau Y.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bersambung.........

Monday, April 12, 2010

fokus, fokus, jom belajar..

minggu ini minggu exam.
minggu exam selama 3 minggu.


exam terakhir di ukm.
lepas ini, xtau aku akan berada di mana.
jadi penganggurkah?
menyambung masterkah?
menunggu pinangan rajakah?


berserah kepada ketentuan takdir.
yang mana yang datang dulu, yang itu akan aku turuti.


bergelumang exam pada sem last tidak seperti sem2 sebelum ini.
semangat itu hilang, lenyap dibawa angin.


mungkin semangat itu datang pabila bermulanya exam yang pertama.
exam yang pertama amat menggerunkan walaupun nama 'simetri' itu tidak menggerunkan siapa2.
tetapi,
aku terpikir,
apa faedahnya wujudkan subjek nih??
aku xpaham.
hanya mampu belajar dan belajar.
walaupun semakin belajar, dan belajar, sebenarnya makin banyak aku xpaham.
tapi,
aku sumbatkan saja biar otak yang sudah sedia tepu bertambah tepu.
























mood ketika ini : menahan lapar sambil terpikir nak lunch kat mane ea?? kepe uo da masuk minggu ke-2 xbukak sebabnya tukar tender. ai, ni 1 lg prob, tukar tender nek sem nantila, saat2 orang nak exam ni la baru nak tukar tender. adus!!! lapar!!! (diet ar pe lagik!!)


Friday, April 9, 2010

cerita lawak - Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia -

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


enjoy x?
mau enjoy lagik??
mai klik sini...

Thursday, April 8, 2010

DUNIA AKHIR ZAMAN - Isteri Tendang Suami Bersolat -

ARISSA masuk ke dalam satu bilik secara senyap dan ternampak suaminya bersolat. Tanpa perasaan simpati, dia menendang suaminya dari belakang.

Perlakuan Arissa itu diistilah sebagai isteri kurang ajar yang tidak menghormati suami sehingga sanggup melakukan perbuatan di luar batasan.

Apa yang dilakukan Arissa itu antara paparan menarik dalam drama Tiupan Sangkakala terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan Heykal Hanifah.

Arissa dilakonkan Rita Rudaini manakala Eman Manan yang menghayati watak Adi menjadi suami pada wanita itu.


Adegan Rita menendang suami ketika bersolat dilakukan ketika penggambaran di sebuah rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Penggambaran selama seminggu turut mengambil lokasi di sekitar Lembah Klang dan Hulu Langat.
Babak ini dapat disaksikan penonton apabila Tiupan Sangkakala disiarkan di TV3 menerusi slot Cerekarama pada 10 April ini, jam 10 malam.

Heykal berkata, adegan sebegini mungkin dianggap keterlaluan untuk dipaparkan menerusi drama TV, tetapi ia menjadi elemen penting kepada perjalanan plot.

"Adegan ini memberi impak kuat pada kisah yang ingin disampaikan. Dalam drama ini, Arissa tidak menghormati suaminya kerana dia berkahwin tanpa perasaan cinta selepas bapanya mengenakan syarat itu jika mahu mewarisi harta kekayaan.

"Sebenarnya, ada dua adegan yang memperlihatkan Arissa bertindak kurang ajar terhadap suami termasuk menendang Adi ketika mengurut kakinya. Begitu juga Arissa melayan orang gaji dengan kasar.

"Di peringkat awal, sepatutnya saya merancang untuk mewujudkan adegan Adi memandikan Arissa yang lumpuh akibat satu kemalangan. Bagaimanapun, adegan itu ditukar pada Adi mengurut kaki Arissa.

"Melihat pada adegan ini, saya percaya ia 'menjadi' kerana penghayatan mendalam daripada dua pelakon berpengalaman iaitu Rita dan Eman. Mereka mempunyai keserasian dan menjiwai karakter dengan berkesan.

"Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan Eman menerusi drama Ombak Laut Cina Selatan. Saya berpandangan Eman menunjukkan lakonan yang 'sempurna' dan boleh dibawa berbincang," katanya.

Kata Heykal, dia terbuka untuk berbincang dengan pelakon untuk mendapatkan lakonan yang lebih baik.

Bagi dua watak utama berkenaan, dia sememangnya berhasrat mengambil pelakon berpengalaman seperti Eman dan Rita berbanding pelakon baru lain untuk mendalami karakter.

Katanya, kedua-dua watak berkenaan memberi cabaran besar dan Rita bersama Eman menjadi kombinasi sesuai untuk menyampaikan plot dengan berjaya hingga menyentuh perasaan penonton.

"Watak Adi adalah guru agama yang turut dikenali sebagai tukang urut diminta bapa Arissa, Datuk Faid lakonan Ahmad Tarmimi Siregar agar memimpin anaknya itu.

"Untuk memastikan kehidupan Arissa lebih teratur, dia dijodohkan dengan Adi. Namun, pelbagai kejadian dan cabaran dilalui Adi selepas berkahwin.

"Arissa sering bersikap kurang ajar terhadap Adi. Sebaliknya, suaminya itu banyak bersabar dan berusaha membimbing Arissa menjadi isteri soleh," katanya.


-Cerita cerekarama di tv3 minggu ini, jom kte tengok beramai2 =))

sumber : here


Wednesday, April 7, 2010

Clash of the Titans



minggu ni study week, tapi bila nampaknye aku study nih?? aduhai, da final sem ni, makin malas aku dibuatnya..makin jarang aku pegang notes n makin rajin gler aku ngadap laptop..padahal bukannya ada pape yang menarik kat laptop nih..facebook pon aku da deactivate..tapi masih lagi duk berjam2 depan laptop..kalo duk berjam2 ngadap notes sudah pastinya satu lingkaran peta sudah terhasil :p itulah cabaran student masa kini..kecanggihan teknologi semakin maju menghasilkan student yang teramatlah malas untuk belajar..korang cerminla diri korang..tanya diri korang tuh samaada korang malas ke rajin..aku da tau da jawapan korang..kalo korang rajin tuh, memang aku percaya setiap sem pasti akan dapat anugerah dekan..jauh beza dengan aku, nak kecapi dekan itu sangat mudah je iaitu di alam mimpi...hahahaha

wait a minute...
tajuk entry Clash of the Titans..
yang aku membebel xtentu pasai ni pasai apa??

balik kepada tajuk...
menatang apa tajuk 2 weyh..??

itu bukan binatang, menatang atau seangkatan dengannya.."Clash of the Titans" itu satu cerita kat panggung la..siapa2 yang kaki wayang ni konpem die tau..sape y xtau konpem2 xpenah baca surat khabar kan..wink2 :P



aku tengok citer ni kat alamanda jerk..nak tgk 3D xmampu, tgk 2D je yang mampu, tp btol ke 2D weyh? aku pon xsure la sangat, kalo salah gtau aku kat komeng ek :p

pegi tengok bersama 3 orang gadis yang konpem meletop, cik ashiya, cik diah dan cik ayu..



cerita ni intronya da menakutkan aku sebab pencerita tuh cakap Zeus yang mencipta manusia..argh sudah..cerita apa nih..aku takut cerita ini menyongsangkan aku..sebab kitorang men redah je tengok citer nih tanpa periksa sinopsis..tapi mujur cik ashiya nih tau serba sedikit sejarah Negara Greece..dia la yang menerangkan serba sedikit berkenaan sejarah tersebut yang boleh dikaitkan dengan cerita Clash of the Titans..

cerita yang mengisahkan 3 orang dewa iaitu Zeus, Poseidon dan Hades yang menjaga dunia kononnya. Zeus sebagai 'King og the God'. Poseidon sebagai Raja Laut. Hades yang menjaga alam neraka. kehadiran kraken dicipta untuk disamakan dengan kehadiran dajjal..pergh, memang nek bulu roma aku tengok citer nih..huhu...cerita ini korang janganla percaya dengan kehadiran dewa2 nih..nanti terpesong akidah korang..juz tengok kecanggihan teknologi dalam citer ni, insyaallah xde pape kot..aku ni kerdil lagi hina kekurangan ilmu di dada..huhu..

sambung lagi citer, Zeus ni mencipta manusia untuk mendapatkan berkat doa daripada manusia. hades pula berniat jahat kepada Zeus. Zeus mempunyai seorang anak yang bernama Perseus. Perseus ini diturunkan ke bumi dan dijaga oleh sekeluarga nelayan..kemudian, ada sesuatu yang berlaku pada diri Perseus..

inila Perseus, hero dalam citer nih..macho 2..

heroin..nama dalam citer Lo..name lua citer, carik kat google..
cantik seyh...


nak tahu cerita selanjutnya, sila la pergi panggung wayang berdekatan ea..siapa2 yang bergelar student, sila la tunjuk kad matrix korang yang handsome2 n cun melecun tuh, konpem2 kowang dapat diskaun... =))



bukti yang aku n da geng sudah tonton cerita ini..tensen2 blajo 2 pi la jengah panggung jap..haha...












p/s : sesungguhnya Allah S.W.T. yang mencipta manusia, tiada yang lain selain Allah Yang Maha Agung dan Yang Maha Berkuasa...bayangan dajal juga tidak dapat kita gambarkan..renung2kan...





Tuesday, April 6, 2010

hantar ibu bapa saya ke klia lalu terserempak dengan rosyam nor sebelum berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian....wow!!!!!

salam
hari ini baru berkesempatan update blog...


hari ahad yang lalu tanggal 040410, tarikh keramat untuk ibubapa saya menunaikan umrah..
juga tarikh keramat bagi pakcik dan makcik saya yang baru pertama kali menunaikan umrah dan pertama kali juga jejakkan kaki di Tanah Suci Mekah....


alhamdulillah..
sudah kali ke-3 ibu bapa saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah..
rezeki yang ada haruslah kita gunakan untuk beribadah ke jalan Allah
dan semoga dengan itu rezeki semakin bertambah dengan keredhaan dari-Nya..
mudah-mudahan....

gambar-gambar sebelum berangkat ke Tanah Suci




saya bersama ibu bapa sebelum berangkat...


bersama saudara yang datang...


**************************************************************************************

tengah sibuk2 di klia, tiba2 terdengar makcik aku berkata, "eh, itu macam rosyam nor..."
sekali aku toleh ke belakang...
perghhh...
memang betol...bukan aku bermimpi...
time tuh da ramai orang berkerumun untuk menangkap gambar...

aku apelagi menggunakan kesempatan yang ada dengan menyelit untuk berdiri di sebelah rosyam...
wow!!
akhirnya dapat jugak..
lidah kelu untuk berbicara...
tapi hakikat rosyam nor juga adalah manusia biasa seperti kita..
yang bezanya, rosyam dikenali, popular...
aku, ofkosla orang tidak kenal, dan semestinya tidak popularkan...
hahahah...

tapi, mulanya my sahabat cik ashiya yang semangat berkobar-kobar terus berdiri di sebelah rosyam nor...hehe
nih gambar2nya...
edisi terhad nih...


cik ashiya bersama rosyam...wow!!!
mesti time nih jantung cik ashiya berdegup kencangkan?...
dup dap dup dap...
hehehe....
=)o



aku, adik2 sepupu dengan rosyam nor...
comelkan adik2 sepupu aku nih...
wink2 :p
mulanya aina yang berbaju kuning, malu2 nak berdiri depan rosyam...
bila dia da tunjukkan malu2 kucing dia, rosyam pon tarik dia...
tersengih-sengih malu si aina...
hehe...














p/s : ibu dan bapa saya menunaikan umrah selama 2 minggu, mereka sudah selamat tiba di Madinah jam 0315 pagi waktu Malaysia, semoga mereka pulang dengan selamat, doakan untuk mereka ea, satu2nya kekuatan untuk saya, doakan saya untuk exam next week.....amiiiinnn...

p/s : thanx cik ashiya temankan saya menghantar ibu bapa saya =))
























Thursday, April 1, 2010

teman muslimahku


kata-kata di atas untuk sekalian temanku.....





cara menyebut "yahoo!" dengan betul


korang tau x nak sebut yahoo! dengan betul?

sini cek nak ajaQ...

firstly, korang pi klik laman web yahoo.com

second, klik tanda seru dekat perkataan yahoo 2....


sebelum 2 pasang volume speaker kuat2 k...

biar kelantangan sebutan yahoo kedengaran...

selamat mencuba kawan2...

hehe...

aku rasa ni cara dapat hilangkan stress jugak...

hehehe...



=)0


Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK