Sunday, May 23, 2010

[AF8] Shahir memikatku dengan Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Secara jujurnya, aku memang tiada hati untuk melihat sama ada diari, konsert AF8 nih..Tapi sejak berakhir konsert AF8 baru seketika tadi, aku semakin tertarik dengan seorang pelajar yang bernama SHAHIR..Sebab apa??? Ofkosla muka dia yang hensem itu telah membuatkan aku terpikat untuk pertama kalinya...ececece...Tapi macamla si Shahir tu akan terpikat kat aku kan..Dalam mimpi je bolehla..haha...Satu lagi yang aku tertarik tang suara dia..Pergh..lantang, jantan beb(bak kata cik ashiya)....haha...Suka ar dengar..Single terbaru die boleh meremang bulu roma la..Sayu+sedih..Semua ada..Mantap..Video klip bertambahla mantap pabila KRU yang buatkan..Memuaskan...Memang padan SHAHIR bergelar Juara AF8...


Layan jap profile die...pergh..Rupanya baya aku je...Ada chance nih..haha..


*Tengs 2 pacik google*




Jom kita hayati lirik Shahir yang handsome nih..hehe..Layan!!


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


Ha, korang2 yang terlepas masa Shahir perform kat konsert AF8 Final nih, sila klik SINI ea...


Thursday, May 20, 2010

habis belajar duduk rumah dapat jawatan suri rumah tetangga, eh suri rumah tangga...

sudah bapa minggu blog aku nih xdibersihkan..2minggu kot..lama jugak..biasanya pantang xde watpe mesti blog yang aku bukak..tapi sekarang mengalami sindrom malas untuk mengupdate sebabnya tiada entry y hot2 nak diceritakan..


now nih..duduk rumah goyang kaki..tapi xbapa nak goyang sangat coz dapat jawatan baru..SURI RUMAH TANGGA..belajar macamana nak uruskan rumah..kononnya belajar memasak, belajar mengemas..tapi dapur 2 bapa kali je panas..malas la..mengemas? makin bersepah je bila aku ada kat rumah..xde tanda2 berkemas pon..


bohsan sebenarnya..nak keje..tapi xde inisisatif pon nak keje..besakan badan je la..tapii selera makan makin mati..makin sikit je aku makan..hurmm...buntu aku macam ni...duit datangla kepadaku dengan segera..tetibe jek..k la ada masa aku post entry lain..macam2 cerita y ada sebenarnya..nanti aku cerita pasal first time aku tengok piala thomas kat stadium..ble2 la walaupun citer 2 da basi, aku akan cerita jugak pengalaman aku kat sana..k la nak jumpa kekasih hati bak kata ecah..hehe..


salam....

Tuesday, May 4, 2010

Enty Gembira bukan Entry Sedih

Hari ini, tamat sudah viva yang dinanti..Bukan kereta viva yang ku nanti selama ini, tetapi satu presentation yang bernama VIVA telah dapat ku selesaikan. Walaupun kurang memuaskan tapi satu kelegaan kerana sudah melepasi stage yang sangat mendebarkan..


Dan juga segala peperiksaan di UKM telah aku tamatkan dengan kuasa yang ada pada 30 April yang lalu. Cemerlang dan gemilang hanya tunggu keputusannya nanti. Semoga aku tidak kembali ke UKM dengan memanjangkan sem ( extend sem ), sebaliknya semoga aku kembali ke UKM dengan mendapat tawaran Master. Insyaallah, sekiranya ada rejeki aku. Aku hanya merancang. Allah yang menentukan. Semoga perjalanan aku diberkati.


Kepada rakan-rakan yang tidak bernasib baik untuk menghabiskan sem pada sem ini, jangan bersedih hati. Teruskan usaha anda sem depan. Buat tesis dengan teliti. Rajin2 masuk makmal. Jangan jadi macam aku. Sangat malas masuk makmal ea. All da best ya.


Balik kepada cerita aku, hurm, sedang bermalasan untuk edit tesis balik. Tapi aku nak settle kan cepat. Kalau boleh nak jilid cepat. Sebab masa yang diberi seminngu sahaja. Proses jilid mengambil masa beberapa hari.


Lepas jilid, saat masanya untuk berlepaking di rumah. Tetapi mesti bosan. Cadangnya nak keje part-time. Tapi xda pengalaman bekerja. So, xtau nak keje kat mana. Antara keje yang tengah bermain kat kotak pikiran aku ::--



1. Di McD..
Jom nyanyi skit (Mcdonald..Mcdonald..Kentucky Fried Chicken Pizza Hut..Pizza Hut..)
Saja je..mengenang zaman pra-matang yang didedahkan dengan lagu mcm ni sambil membuat
gaya...hehe..

Kalau keje kat McD mesti habis licin burger mc chicken n sos aku paw...hehe..Sos Mcd sedap..
Aku suka...^O^





2. Pizza Hut..
Sebab nak dapat spagetti free...tapi macam ley dapat je kan...langkah mayat tokey pizza dulu..haha..
Xpela...Spagetti mak aku buat, lagi masyuk....hehe =P









3. CIKGU TADIKA
Aku suka budak-budak..Tapi aku suka bebudak yang baik saja..Yang nakal aku nak cubit..
Tapi, bole ke aku mengajar budak2 zaman moden yang terlebih advance nih..nakal2 jugak...
Takut aku yang kene buli, da konpius sape cikgu sape anak murid..Macam gambar kat bawah
nih..Owh tidak!!





4. Blogger Tegar
Ha, xpon jadi blogger tegar..Lagi sonang..Update entry baru..Xpon g jogging kat blog jiran..
Xpon g terjah blog siapa2 utk dijadikan kenalan..Tapi, lau duk terperuk je susah jugak coz
nanti xda idea nak buat entry baru..aish..





---->> Aish..dilema..mau kerja kah? menmbah lipid kah?? Tapi memang best menambah lipid kan..Haha..No..No..No..Nanti grad, semua orang xkenai aku deh..Bahaya..bahaya...Maintain OK!!
Insyaallah...



---------->>>>> Jom slip slip...Selamat Malam Matahari..+)(+





Suara bisik-bisik
:: Dapat award daripada en hizami, nanti sy amek awrd tu ea...arigato en hizami...salam perkenalan...

Saturday, May 1, 2010

hati sayu pabila mengenangkan kenangan pahit manis..

hati sayu pabila mengenangkan pahit manis suka duka hidup kat ukm nih..

aku nak buat entry sedih...

tapi xmampu teruskan coz aku akan mengalirkan berbutir-butir air mutiara ke atas tanah...

satu masa aku akan coretkan...

tunggu ya....
Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK