cerita tentang raya. entry lepas aku ada janji untuk cerita raya. masih sempat lagi untuk aku bercerita tentang raya kan kan?. raya 2010 tidak sehangat raya raya sebelum ini. tapi raya raya sebelum ini pon tidaklah sehangat mana. cuma yang hangat sudah semestinya tang duit raya. walaupun umur ni da selayaknya berpangkat emak orang, tapi collection untuk duit raya tetap maintain u. i like dis very very much. ^__________^.
korang macamane?? collection duit raya maintain?? @ semakin berkurang?? @ semakin bertambah?? @ tadaapapa langsung?? hehe. yang tadapapa langsung, jangan bersedih, cuba lagi collect untuk tahun depan ea..
kembali kepada cerita raya, sejak 3 tahun lepas, aku satu family akan beraya di johor dahulu merangkap kampung emak. beraya di johor seagak aku kelihatan suram. aku pon ta tau apa yang tak kena. mungkin sebab sepupu sepapat ramai da berkeluarga, so, masing2 mempunyai sistem giliran balik raya ta macam kehidupan single dulu. macam aku la kan hidup single, so masih milik keluarga dan akan beraya ikut ke mana sahaja keluarga pergi. (bajet anak yang baik nih ;p).
tapi kan raya kali ini ada satu perasaan sebak yang sukar untuk diungkapkan. sangat sebak apabila melihat mereka yang sudah tua dan mempunyai anak anak yang ramai, tapi keberangkalian untuk mereka pulang ke kampung beraya bersama orang tua masing masing adalah sangat tipis.
mengapa mereka yang masih mempunyai ibu bapa, tidak pulang dua atau tiga hari sebelum kita menyambut Syawal.??
kenapa mereka tidak menyediakan persiapan raya, juadah raya bersama orang tua mereka?? kenapa perlu sediakan juadah itu di rumah masing masing dan di bawa pula ke kampung semasa hari raya?
kenapa semasa takbir bergema di malam raya, anak anak itu tiada di sisi ibu bapa mereka yang sudah tua.?
walaupun belom saat aku merasa bagaimana kehidupan tua itu, tapi melihat air muka nyai dan yae (nyai dan yae-panggilan atok nenek di johor), mereka sangat mengharap anak anak itu pulang ke kampung, bersama mereka, membantu mereka, menemani mereka hanya untuk seketika. sering kali terdengar luahan mereka menghitung hari kapan anak anak itu akan pulang. sering kali mereka menunggu dan menjenguk luar untuk melihat sosok tubuh anak-anak mereka. begitu berat sekali bebanan yang ditanggung nyai dan yae sebenarnya. sehari sebelum raya, perasaan semakin memuncak, dan ini lah luahan aku di facebook,
"selagi ada insan bergelar ibu ayah,pulang la dan temani mereka d malam raya kerna jika mereka sudah tiada,kehilangan pasti akan terasa dan hanya mampu sedekahkan yasin & al-fatihah..hargailah mereka sementara mereka masih ada.jangan hanya sesalan menyelubungi diri~"
bukan niat untuk aku mencederakan hati siapa siapa yang berkenaan, tapi sekiranya korang masih ada ibu bapa yang sudah tua dan uzur, jenguklah mereka di kampung. temani mereka sementara mereka masih ada. :)
kembali kepada cerita raya, sesudah menghabiskan selama 4 hari di kampung johor, bergerak pula ke sabak bernam. kampung sabak bernam, sudah tiada atok nenek. di sabak, dua dua atok nenek, dipanggil embah lanang dan embah wedok. begitu kuat kami sebagai orang jawa. embah lanang sudah kembali ke rahmatullah pada tahun 06 manakala embah wedok pada tahun 04..selang dua tahun mereka tinggalkan cucu cucu nya seperti entry ini, ...begitu rindu untuk menyambut 1Syawal di Sabak tapi apekan daya sambutan sekarang tiada yang sama seperti ketika ada embah.. Al-Fatihah...
Now, malas nak bercerita lagi, layankan gamba gamba masa raya ea...Sekian..
KAMPUNG PARIT BENGKOK, JOHOR
KAMPUNG SG TENGAR, SABAK BERNAM
suara bisik-bisik : tapi aku masih bersyukur kerna dikurniakan keluarga besar yang ramai.ramai saudara mara dan ramai sepupu sepapat.Alhamdulillah. Selamat Hari Raya. MOhon maaf dan halal untuk segalanya ea...
so, kembali ke alam blogging.. dalam lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari raya.. kebanyakan orang pasti sebuk pasang lagu raya kan.. tapi tidak pula pada aku.. pada aku, langsung tak terasa feel nak raya.. napa ea??
tapi, persiapan raya macam baju+kasut raya da selesai awalawal sebelum masuk ramadhan lagi.. pe kes?? haha sebabnya, semua tu aku beli saing2 masa nak konvo.. baju+kasut konvo bole recycle balik untuk raya kan.. ta baik membazir.. ^_^
ha, sebuk2 orang dengar lagu raya, aku plak sebuk dengar dua lagu nih.. pada aku, dua lagu nih memang best la.. tapi ta tau plak pada korang, kot2 xbest kan.. janji aku layan hati aku bila dengar dua lagu nih..
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ampunkanlah segala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ampunkanlah segala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta Yang selamanya aku cari Tiada waktu ku tinggalkan Demi cintaku kepada-Mu Walau seribu rintangan Kan menghadang salam diri Ku teguhkan hati ini Hanya pada-Mu Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini Dari segala fatamorgana dunia Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini Dari hidup yang sia-sia
untuk download lagu satu cinta, sila klikSINI Actually, aku dengar lagu ni kat blogluahan jantung kanak-kanak, lalu, terus aku jatuh chenta dengan Satu Cinta, mudah benar aku jatuh cinta, aissshhhh.. pada lagu je (^_*)
Hati dihantu bayangan mu Rindu termimpi tiap waktu Ow ow woh
Cinta bercampur curiga Kerna kau satu-satunya Pujaan malaya
Hei sayang ku Akulah pemuja mu Sampai bila-bila Cintaku kan berbunga
( ai yai yai yai )
Korus Tiada apa dapat menghalang Tiada kau aku gila bayang Tiada cinta mu ku tak senang
Cemburu resah ku tak menentu Diri mu segalanya sempurna Oh kanda sungguh aku tergoda Pujaan malaya
This aint no lie Hari ke hari ku ternanti-nanti Cinta mu tidak terbanding Nyata tiada setanding Walau ku rentas benua Terbentang luas angkasa Tak seluas cinta ku Come on my baby Let’s get it on
Terbang cinta mu buat ku layang Renyuk resah bila kau pujuk (Ow ow woh) Mama bilang jangan ku percaya Lelaki akan memuja hanya pada mulanya
Nasib kita Bukan semua sama Tapi ku kan sedia Agar tak merana
Ulang korus
Cemburu Ai yai yai yai Resah ku tak menentu Diri mu pujaan malaya
puas sudah aku minat mini cooper..asal aku gerak keta atas jalan je, mesti ada terlintas kete molek mini cooper tuh, banyak tol duit mereka yang membeli kete pujaan aku tu ea...
tapi, kini, cinta dan pujaan aku beralih angin dekat hero yang bernama 'Bugatti Veyron 16.4 Super Sport'..da tuh boleh speed sampai 413 km/h..kalau aku yang jadi driver bugatti nih, konpem aku yang melayang dalam tuh..fuh!!!
oke, harga bugatti nih memang sangatla cekik darah korang semua..1.7 Million USD beb!!!
cuba korang convert kepada RM...memang kurus kering la korang makan megi cup pon xlepas weyh...
aku hanya mampu puja dalam mimpi..
siapa lah aku untuk layak memiliki sebuah bugatti 2..
siapa lah aku untuk mendapat hadiah sebegini istimewa dari orang yang istimewa..
tak layak weyhh..
aku memang sedar diri aku
tapi aku tetap berharap someone give me bugatti..
tapi siapa??
ntah!!
layan gamba dlu, jom ^_^
suara bisik-bisik : tiba2 aku teringat orang yang bercerita pasal bugatti nih..
ada plak kan dia nak ingat aku nih..
siapalah aku kan untuk diingati..huhu..
mungkin dia da bahagia kot~~