Thursday, November 25, 2010

Header Header yang Comel


Salam..
Baru lepas tengok Amazing Race Asia..
Yes, Jes n Lani tersingkir...
Sepatutnya minggu lepas...

Tapi, sayang team Malaysia dah tak da..
Tak semangat nak tengok..

Tahniah Natasha & Hussein, Richard & Richard dan team Singapore, (den xhengat nama dowang)

Eh, tajuk Header, yang aku citer pasal Amazing Race watpe..
Selingan je Amazing Race tuh..
Hehe...

Ha, pasal header..Korang tengok lah header tuh...Cantik kan? kan? Cakap je la cantik untuk sedapkan hati aku..muahahaha...Actually, memang tak cantik pon...Burokkkk woooo...Siyesla..Memang aku tak reti bab edit edit kat photoshop nih..Tuh la hasilnya...Memang tak cantikk...Haha..

coretan hati

Siapalah yang bermurah hati, yang sukarela untuk buatkan header untuk CORETAN HATI nih..Sila angkat tangan..Kalau lah ada kan..Akan aku kasi...Kasi...Pe ea..Kasi somethingla..Agak agak ada yang nak buatkan tak??



Suara Bisik Bisik : Aku memang siyes nih..Siapa yang boleh buatkan header untuk aku, aku akan kasi something...Anyone? :)

Monday, November 22, 2010

[Tutorial] Animated Recent Post Widget

Yeayy..Sudah ada animated recent post di blog aku..Tapi apa kebendanya tuh.?? ..


Nah, ini la dia Animated Recent Post..
Cuba korang skrol blog ni ke bawah..
Tengok sebelah kiri..
Ade kan?

Ha, Macamane mau buat..
Jom pegi dekat link Tutorial Animated Recent Post Widget ini..

Membantu tak?
Kalau membantu, bagusla..He he..
(Padahal semua bloggers sudah buat, aku je terhegeh2 baru nak buat, aishh..sadis)

Tapi kan, mengikut tutorial tuh, sepatutnya widget nih bergerak, nape aku punya stil maintain jah..Tak bergerak pon..Apa problemnye?? Haiyaa..



Suara Bisik Bisik : Sedang melayan mood membaca novel..Novel terkini, LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU dari SITI ROSMIZAH..baru separuh jalan, memang best, berbaloi baca!! ;)




MAMA TRIPLETS

Mama Triplets? Apekah? Yea, Sebenarnya, aku terjumpa satu blog nih..Blog dua orang mama..Masing masing punya anak kembar beb..Bukan dua orang saja..Tiga orang sekali kembar..Fuhh!! Mantap ar..Rezeki mama triplet kot..Tahniah ea Mama Aisyah dan Mama Nani..


Aku bukan apa, bila bab baby, apetah lagi dapat baby kembar, memang teruja beb..Nak pulak comel sangat sangat anak anak kembar Mama Aisyah dan Mama Nani tuh..Ape lagi, lepas nih boleh la mama mama tuh upload picture kembar banyak banyak ea..Nak tengok aksi si Kembar tuh..Boleh kan? He he..


Mood malam ni terlalu excited tengok si kembar triplet ;)


Kembar seiras --->> Kredit to Mama Aisyah




Comel kembar bertiga nih..Lasak..:)
Kredit to Mama Nani



Suara Bisik Bisik : Tiba tiba, teringin rasa punya baby..Mahu baby kembar..Tapi kan, aku bujang trang tang tang lagi ar..Muahahaha...Jauh perjalanan lagi..He he...



Ketangkasan Lin Dan, Kehebatan Lee Chong Wei


Haiya..Memang sebenarnya sudah dijangka emas untuk badminton single lelaki akan jatuh ke tangan si handsome tuh..Aku je yang tak sabar nak sangat tengok keajaiban..Aisshhh...


Memang ternyata Lin Dan bukan calang calang pemain badminton oke..Walaupun dia dapat menguasai game set 1 dan hilang fokus sekejap di set 2, ternyata kebangkitannya dalam set 3 melayakkan Lin Dan merangkul emas seterusnya mengalahkan Lee Chong Wei pada set ketiga dengan mata 21-10..Perbezaan mata yang agak ketara, tapi persembahan Chong Wei di Sukan Asia ini menurut pandangan aku agak memberangsangkan..Sebabnya, dia mampu menundukkan Lin Dan pada game kedua..Cuma game ketiga dia sudah mula hilang keyakinan dan kebanyakan mata yang Lin Dan peroleh adalah daripada kesalahan Chong Wei sendiri...


Lin Dan tidak dinafikan memang expert gilak di bahagian net..Aku cukup kagum dengan kehebatanya dan ketangkasannya..Chong Wei pon tak kurang hebatnya..Cuma mungkin dia perlu mempositifkan diri dan menambahkan keyakinan diri untuk tidak mudah give up..Cayalah Chong Wei, walaupun hanya perak di tangan, dia mampu menangkis serangan daripada Lin Dan..Perlawanan hampir satu setengah jam menunjukkan betapa hebatnya mereka berdua..


Suara Bisik Bisik : Owh Lin Dan, boleh tak saya jadi mentee awk? Haha..

opss..apekah motip gamba ini? Lin Dan kiri, Violet kanan..Ha ha..
Kuat betol berangan ^^

Sunday, November 21, 2010

Shades Contest

Salam Ahad...Weekend ahad tak ada apa apa yang menarik melaenkan ke pasar tani Shah Alam pagi tadi..Masya Allah..Ramainya orang..Lame kot aku xjejak ke pasar tani..Ho ho..

Oke, tujuan bukan nak berceloteh pasal pasar tani, tapi aku nak join contest..Aiyaa..Contest lagik..He he..

Contest kali ini dianjurkan oleh miss genit..Shades Contest aka Kaca Mata Hitam..
Syaratnya, korang klik la SINI ea..

Due Date --->> 15/12/2010..Lama lagik oke..Sempat lagik kowang nak join nih...^^

Gambar yang aku pertaruhkan..Nah!!


Saje kan aku pon nak tepek gambar sedang berkaca mata..Bajet hot la kan...Muahahaha...
Gambar nih snap masa jalan jalan kat Bukit Kayu Hitam, cuti sem lepas..
Sambil usha usha barang kat kedai, aku pon suruhlah adik aku snap gambar poyos nih..He he..
So, ini lah hasilnya kan..
Miss Genit, harapnya, dapatlah hadiah misteri tu kat saya ea...:)


Orang bertuah, aku mau tag ::

Cik Ashiya
Cik Siputa
Princess Apple
Budak Hitam


Suara Bisik Bisik : Siapa yang terkena tag tu, sila la join ea..He he..


Aku Sangat Kecewa dengan Kau tapi Aku Berbangga dengan Kau


Yea..Luahan itu sangat tepat dengan diriku..Aku kecewa dengan kau..Aku amat bersedih hati dengan kau..Penat sudah aku memberi semangat kepada kau..Berjuih air liur aku memberi nasihat hanya untuk kau..Tapi, kenapa kau mengecewakan aku..Kenapa kau tidak membuatkan hati aku gembira malam ini..Aku menumpaskan air mata darah sekalipun, kau tetap begitu..Tiada yang mampu mengubah selain kau..




Tapi, ternyata kau sudah mengecewakan aku..Memutuskan harapan palsumu..Kenapa Kien Keat?? Kenapa Tan Boon?? Kenapa tak mempertahankan mata untuk Malaysia..Kenapa membiarkan Markis Kido dan Hendra Setiawan memburu emas..Kenapa?? Kenapa?? waaaaa....

*****

Sebenarnya, masih tidak dapat menerima hakikat Malaysia tidak memperoleh pingat emas yang ke-4, pasangan Malaysia tumpas di tangan pasangan Indonesia di set ke 2 dan ke 3 dengan pungutan mata 24-26 dan 19-21..Persembahan yang dipersembahkan oleh Malaysia ternyata mantap dan mempunyai semangat berjuang sampai akhir..Cuma, iyelah rezeki untuk merangkul pingat emas ke-4 ternyata tidak bernasib baik..Hanya mampu merangkul pingat perak dan tidak dapat mengekalkan kejuaraan seperti 4 tahun lepas di Doha, Qatar..Walaupun hanya pingat perak, aku sangat berbangga dengan pasangan bergu, perjuangan diselesaikan sehingga titik akhir..Cayalah handsomes!! Ha ha...


Esok malam, akan kita saksikan perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan..Adakah Chong Wei mampu menumpaskan Lin Dan yang cukup sempurna dari setiap aspek dalam permainan badminton.. Mungkinkah Chong Wei dapat menebus kekalahannya pada sukan Piala Thomas dengan persembahan beliau pada sukan tersebut yang kurang memberangsangkan dan berdaya saing..Kita tunggu esok ea..Mudah-mudahan nasib menyebelahi Malaysia dan Chong Wei mampu mencipta keajaiban..Mungkin terjadi..Siapa tahu kan..Sama sama kita sokong ea..


Who Will Win??
Datuk Lee Chong Wei @ Lin Dan??

Vote for Lee Chong Wei, Ok? 


Esok, kita semua jadi pom pom gurl, jom!! He he (only for girls, wanna join me =p)





Suara Bisik Bisik : Cerekarama Karma Salina arahan Erma Fatima, thumbs up!! 
Nak tengok picture? Sila KLIK SINI.





Thursday, November 18, 2010

My Heroes


Tengok Amazing Race tadi, memang dapat rasa team Malaysia akan tersingkir..Waaaa..Nape mesti Ethan n Khairie yang tersingkir..Nape bukan pasangan Richard..Sedihh..Huuu...Tapi, dorang nih silap jugak..Pilih cabaran salah..Kalau lah tak pilih cabaran kubur tuh, mesti dorang masih dalam perlumbaan taw..Tapi, da tak de rezeki dorang, nak wat camne kan..Emm..Jes n Lani makin mantap, 2 kali berturut menang tempat pertama..Mungkinkah dorang ni bakal juara?? Tunggu je la...




Tapi kan dorang ni party girl la..Hailaaa~~

*******

Ha, Sukan Asia pulak..Apa perkembangan? Masih 3 emas kan..Baru tadi tengok game badminton bergu, team Malaysia lawan team Jepun..Fuh!! Memang berdebar gilak tengok set ketiga..Mana taknya persembahan team dari Jepun agak bagus compare team Malaysia..Banyak gila mistake, careless, less interaction..Macam kelam kabut sket..Mungkin tension kot..Kurang semangat compare masa tengok team Malaysia lawan China masa semi final untuk Piala Thomas pertengahan tahun hari tuh..Tu memang mengancam la..Walaupun kita kalah di tangan China, ternyata pasangan Boon n Keat memang bersemangat..Mungkin main kat tempat sendiri kot...Mujurlah, even banyak mistake pon, team Malaysia masih dapat melangkah ke Semi Final..Fuyoo..Hilang debaran...He he..Moga-moga hari esok, bertambah lagi emas untuk Malaysia ea..Amiinnn...Game Datuk Lee Chong Wei esok pagi..Sokong Malaysia beb..!! ^^

Koo Kien Keat – Tan Boon Heong

Koo Kien Keat & Tan Boon Heong --->> Hensem..muahahaha 

Onion Display PicOnion Display Pic


Suara Bisik Bisik : Semangat bercoti depan tv jah..Coti korang macamane? Mesti mengancam kan..Happy holiday :)



Air mata lembu

Air mata lembu tumpas jua..
Saksikan..







Suara Bisik Bisik : Salam aidiladha kawan bloggers semua. Macamane hidangan hari ini? Lauk daging tak? Hidangan di tengahahari berlaukkan daging masak kicap. Sedaaaapppp..Selamat Hari Raya AidilAdha semua..Semoga pengorbanan kalian pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T. Insyaallah ;)


[TAG] Tentang Aku Tentang Dia


10 Perkara Tentang Aku? Tentang dia?

Di tag oleh seorang rakan, namanya Princess Apple .. Sila lawat blog beliau, sekiranya mahu bkenalan..He he..

1. Siapakah diri anda di rumah?

-->> Anak sulung daripada tiga beradik. Anak harapan kepada parent ( cewahhh ;p)


2. Siapa anda di samping rakan?

-->> Aku sapa di samping korang? Penyemak? Pengganggu? He he..Mungkin aku sahabat, teman, rakan, kawan kepada rakan itu..


3. 5 benda yang diidamkan tapi masih belum tercapai :

-->> Ofkosla 
Duit beriban riban.


mini cooper + bugatti veyron 



mahu berada di sini...


Bungee Jump. Selamat tak agak agak kalau aku yang buat? ^^


One more?? Only secret..He he..



4. Siapakah nama pasangan anda??

-->> Pasangan? Apa itu? upsss...


5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda..

  • Apa?
  • Tak da
  • Nak
  • Diceritakan
  • Ok tak? He hehe

6. Bila tarikh anda couple?

-->> Eh, couple tuh hapa?Ha ha..Mungkin 12-12-2012


7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

--->> Kenangan demi kenangan..He he..


8. Lagu tema anda??

-->> Jingle bells, jingle bells, jingle all the way. Mungkin tunggu 12-12-12..Ha ha..


9. Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?

-->> Tunggu masa yang mungkin dapat aku buat perbandingan..


10. Pernah terfikir nama untuk anak? Berikan sebab..

-->> Mungkin ada..He he..Sebab..Emang sukak baby comel ^^


11. Tag 1o rakan anda yang lain..

-->> Aiyaaa..Ramainyeeee...Sapa terkene nasib la ea ;p

  • Cik Ashiya
  • Cik Siputa
  • Cik Dayana
  • Mr Ceym
  • Cik Abc
  • Cik Budak Hitam
  • Kepada sesiapa yang kekeringan idea post entry, sila la jawab tag ini ;)










Pengajaran Pendidikan Seks 2011


Tahap kemalasan semakin meninggi..
Untuk bermuka buku pon tiada perasaaan..
Untuk berblogging pon sedang kekeringan..
Walaupun sebenarnya banyak benda nak diceritakan..
Tapi berblog walking masih berjalan jika ada kesempatan..


Cuma ada terdengar tentang satu isu nih di berita radio..
Isu mengenai pendidikan seks..
Yea, pengajaran pendidikan seks akan mula berkuatkuasa bermula sesi persekolahan 2011..
Pendidikan seks akan diajar kepada pelajar pelajar tahun 1 dalam subjek pendidikan jasmani...


Owh, agaknya berjaya ke dengan adanya pendidikan tersebut dapat mengurangkan gejala maksiat yang sedang berleluasa?
Boleh ke dengan pendidikan tersebut tiada lagi baby baby dibuang, dibakar?
Tak sanggup rasanya hendak melihat baby comel itu dibuang sesuka hati? Hu hu..


Berjayakah sistem pendidikan itu sekiranya akal pelajar sekarang ini terlebih maju ke hadapan?
Pelajar kini mempunyai daya keinginan dan kemahuan yang sangat tinggi..
Aku tidak berapa yakin pendidikan seks ini akan berjaya mengurangkan masalah sosial di kalangan pelajar...
Kemungkinan masalah tersebut akan berlarutan dari hari ke hari..
Seperti link, KLIK SINI..


sumber gambar - pakcik google



SuaraBisikBisik : Bagaimana pula pendapat kalian??

Tuesday, November 16, 2010

Bila Hero bertemu Dengan Heroin...


Walaupun hendak bermuka buku bagaikan tiada perasaan, untuk hari ini buka muka buku dan terbuka satu video ini..Sedang menikmati bagaimana terbentuknya manusia di pertengahan jalan, aku tidak dapat menahan sebak kerna begitu indah rupanya kehidupan kita di alam rahim satu masa dahulu..Satu persatu proses itu ditunjukkan dimulai dengan hero yang dipanggil sperma berusaha menawan hati seorang heroin. Pelbagai sperma berlumba lumba untuk mendapatkan hati sebuah ovum..Owh, begitu teruja melihat kesungguhannya lalu terbentuklah zigot secara saintifiknya dan terbentuk embrio yang melekat di rahim kita....

JOM, saksikan bagaimana Hero tersebut memikat Heroinnya~~

Klik LINK ini..

Tak tahu macamana nak share video nih. So, korang klik link tu dan hayati ea..


Sampai satu tahap, baby itu dibuang dan ditinggalkan..Owh, aku tak sanggup rasanya hendak melihat baby itu dibuang merata rata. Kepada mereka, tolonglah, anda sudah lakukan satu dosa, jangan ditambahkan lagi dengan dosa membuang baby yang tak berdosa. Jaga dan peliharalah mereka kerana mereka berhak untuk hidup.. 


Lihatlah wajah redup anak anak kecil ini. Kan boleh menyejukkan hati, menenangkan hati. Kenapalah ada yang sanggup membuang, sampai hati korangkan ;(


Betapa comelnya dia


Mereka berhak untuk bernafas. Dibelai dengan kasih sayang.



Ternyata anak kecil ini memang comel.


Mata dia menyejukkan hati.


Indah dunia dengan melihat si kecil tidur dan dijaga rapi.


Keceriaan mereka pengubat segala duka dan keresahan.


Yea, mungkin aku belum merasai betapa indah mempunyai baby sendiri. Tapi berdasarkan pemerhatian saudara mara yang sudah punya anak, terserlah wajah keceriaan mereka dengan lahirnya si anak kecil. Meriah rumah dengan gelak tawa mereka. Dengan tangisan mereka..Jadi, korang korang, pikirlah dulu sebelum membuang anak kecil ni ea..Kasihanilah mereka. Renunglah mata redup mereka..Punya maksud yang sukar untuk diertikan...



SuaraBisikBisik : Aku emang suka baby..Geram tengok pipi gebu..Jalan terkedek kedek..He he..Bestnyeeee ^O^..Tak lupa juga, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ;)


BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar...



Sekadar perkongsian


Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


--->> Wah, maknanya?? Ouchhh...^^


Adakah, kami berdua sudah bertunang? 




Sumber : DISINI

Saturday, November 13, 2010

Susu Susu Susu

Korang suka susu tak? Ada banyak cerita susu nih. Jom geledah!!

Cerita 1 : Susu Atasi Bau Nafas Busuk? Betol ka? Tak caya klik link tajuk..Kalau sudah caya, mari kita amalkan ;) Tapi aku tak suka bawang putih. Hu hu..



Wanita pelengkap hidup Lelaki. Setuju?


“ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan"


Resdung

Oho, hidung sedang mengalami kegatalan. Rasa gatal yang teramat setiap masa. Orang kata bila hidung selalu gatal n bersin pagi pagi, tu tanda orang tu ada resdung ek. Aku tau setiap orang ada resdung, cuma yang membezakan tahap resdung tu je kan. Macam tahap resdung aku ni makin teruk je..Hu hu..Nak pi buat rawatan tak berani..Macamana ea? Ada cara tradisional tak?

Friday, November 12, 2010

Aktiviti di rumah bersama yang tersayang~


Duduk rumah membesarkan badan,
Menambahkan lipid tak lupa membina otot,
Perabih beras buat makan,
Itulah dia aktiviti sepanjang coti...

Melepak di depan tv setiap hari,
Bersama dengan channel di Astro, 
Sering tiada rancangan menarik di hati, 
Apa lagik bertukar channel gamaknya...

*****

Owh, jangan dilayan pantun tak berasas di atas itu. Bertambah ketandusan idea pabila menjejakkan kaki di rumah. Lebih banyak melepak didepan tv sebenarnya. Nak panaskan dapur pon tersangatlah malas. Masya Allah, anak gadis apa nih!! He he..Yea..Tahap kemalasan memasak memang lah sangat tinggi bila duk rumah sorang sorang. Biasanya tengahari, memang tak makan nasi. Makan ala ala ringan je. Malam, baru la makan. Ceh, macam diet pulak kan.Ha ha.




Thursday, November 11, 2010

Nak kekal cantik?

Cantik? Siapa yang tak nak cantik? Semua orang mesti hendak kelihatan cantik kan. Lagi lagi perempuan. Cantik ini kan begitu sinonim dengan kaum yang lemah lembut. Macam kita kita ni la golongan perempuan, wanita, yang ala ala ayu, sopan santun gitu. Semuanya mesti mahu perasaan cantik dan kelihatan cantik setiap masa. Betol tak? Kalau tak betol, tipula tu. Jujurla, mesti korang berkeinginan jadi cantik bila tengok seseorang itu cantik. Kan? Kan?


Untuk kelihatan cantik, kita perlu mempunyai kecantikan luaran dan kecantikan dalaman. Kalau kita cantik bahagian luaran, tapi hodoh di bahagian dalaman, itu tidak dinamakan cantik kerana secara fizikal saja cantik itu dizahirkan tapi hakikat dalaman tidak dicantikkan.


Tips untuk mudah kekal cantik ini telah diperoleh dari Ustazah Fatmah Azzahra.Kata beliau, tips ini elok untuk orang yang lepas bersalin dan elok diamalkan setiap hari bagi wanita yang sudah berkahwin ( Alamak, saya belom berkahwin, apetah lagi bersalin. Boleh jugak ke amalkan ek? )



Chipsmore pong lagi ong dari hang..

Tensen gilak aku bai. Tenet macam chipsmore. Kejap ong kejap tara ong. Wa nak berjogging ke blog orang pon tak bole..Wa nak post entry baru, lagi ar tak boleh. Da bayau bulan bulan, jadi lagu ni jugak. Modem da tuka, selalu sangat la problem. Malas nak layan hang.

**********

Rindu betol kat coretan hati..Korang rindu tak? kuang kuang..Ada pulak yang nak rindu kan..He he..Sementara dia tak meragam, baik aku post entry cepat cepat, bila da meragam, aku yang tak boleh duk diam..Bosan kot..Ha ha..


SuaraBisikBisik : Siapa penggemar novel atau ketagih novel?? Boleh tak bgtaw novel ape yang tengah hot and best seller kat pasaran now? Aku tak berpeluang ke MPH lagik nih..Sila roger aku ea kalo ada yang menarik, gian nak baca novel telah muncul balik nih..Hehe..Thanx pada yang singgah, mana yang sempat aku wat kunjungan, mana tak sempat, maafku pinta ^^

Wednesday, November 10, 2010

Bila Cinta



Mood rasa nak jiwang jek


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yangku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


~Layan~


Fulamak, saya tersuka dia, Adore dia!!



Suka dia..
Sape dia?

DAVID BECKHAM

Gaya rambut dia
Style dia

Adore die sejak dulu dan sekarang

Layan jap!! ^^


Pernah try style nih..Cute miut kan MySpace


Orang kata ni gaya mohawk eh..Kalo salah, betolkan ek..hoho


Senyum MySpace


Style ar yang nih..Memang sejuk kulit kepala. Tak caya? Try la buat MySpace


Dia senyum lagik. Owh slek..subang!! Don't like..



Maintain


Seriusnyeee MySpace


Halamak, Senyuman dia. Tak nampak gigi. Manis kot. Abaikan subang.
Mimpi die la malam nih. Hihi..
MySpace



Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK