Sunday, October 6, 2013

Si Tanggang Moden


Assalamualaikum..

Selama ni macam sudah kekeringan idea untuk berkongsi di blog. Muncul pula satu topik yang menarik hati. Alkisah mengenai Si Tanggang Moden.. Mahu berkongsi tetapi ianya tiada kene mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia.. Hanya sekadar perkongsian dan mengambil sedikit pengajaran atas isi ilmu ini kerana kita masih mempunyai satu galas di bahu iaitu tanggungjawab sebagai anak.




8 anak hantar ke rumah kebajikan.. LAPAN ANAK!. Antara daripada 8 orang anak ini, tiada seorang pon yang mampu menjaga seorang ayah ini sehingga tergamak mereka menghantar ke rumah kebajikan? Dimana rasa tanggungjawab dan keprihatinan mereka terhadap seorang ayah yang pernah bekerja kuat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya seramai 8 orang? Tiada sedikit belas kasihan ke terhadap seorang ayah yang membawa kita ke dunia ini?


Begitu benarlah perumpamaan "Ibu bapa boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak itu belum tentu akan dapat menjaga ibu bapa mereka seperti mana ibu bapa menjaga mereka ketika mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri"...


Secara rasionalnya, walaupun mereka iaitu anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan disebabkan oleh kekangan masa untuk menjaga disebabkan faktor bekerja, apa salahnya menjenguk ibu bapa tersebut. Walaupun tidak secara kerap, tetapi berilah ruang masa untuk menjenguk kerana orang tua ini bukan mengharapkan duit bulanan. Mereka memerlukan perhatian dan belaian dari seorang anak. Orang tua tersebut akan terus menunggu, menunggu dan terus menunggu ketibaan anak-anaknya apetah lagi anak yang disayangi.


Apa yang berlaku kepada si anak mungkin boleh dikategorikan sebagai Si Tanggang Moden. Kenapa ea Si Tanggang Moden? Berikut merupakan salah satu ciri-ciri tersebut :
  • Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.
  • Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa.
  • Enggan menjaga ibu bapa kerana mempunyai tanggungjawab yang ramai.
  • Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya.
  • Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka.
  • Bertindak kasar seperti menengking, menampar, mengugut dengan senjata atau membunuh.
  • Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada mereka.
  • Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka.
  • Tidak menjenguk ibu bapa.
  • Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
  • Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa. 


Kalau diikutkan terlalu banyak kes mengenai Si Tanggang Moden secara tidak langsung. Kebanyakan mereka lebih gemar melepaskan tanggungjawab. Mereka berpendapat mereka punya ramai lagi tanggungjawab untuk diuruskan dan sanggup mengabaikan kebajikan ibu bapa sendiri. Si anak mungkin tidak memahami perasaan sebenar ibu bapa kerana kalau menjenguk pon secara sekejap-sekejap. 


Ibu bapa atau orang tua yang kerap ditinggalkan anak-anak atau ada yang langsung tidak datang menjenguk, sebenanrnya menghidap SINDROM EMPTY NEST. Apa sebenarnya SINDROM EMPTY NEST? Rujuk LINK INI. BACALAH sebagai ilmu pengetahuan.


Tujuan perkongsian entry ini hanya sekadar untuk peringatan diri sendiri dan pembaca blog. Jauh lagi perjalanan kita sebagai seorang anak. Kita belum tahu lagi kemana arah kita pada masa akan datang. Tanggungjawab kita, situasi kita ketika itu. Semoga dijauhkan dengan kesemua ciri Si Tanggang Moden tersebut. Peranan pasangan dalam perjalanan hidup juga sangat penting bagi kehidupan ibu bapa kita nanti. 


Renung-renungkanlah bagaimana pula kita nanti.. Wallahualam..






















 



No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK